Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 21, 2011

Ayam sos siam

pagi td masa jenjalan bw kat rumah kawan2, ternampak ayam ni kat rumah Along... terus kak rose sekodeng resepinya.... boleh buat ni sbb semua bahan pun ada dah... siaplah menu untuk tengahari... asik ayam je kan. sejak dua menjak allergic dengan segala seafood ni, ikan pun takut nak makan... udang yg dibeli pun x termasak.... kang kalau masak dah tentulah nak makan, bukan boleh tahan2... pas tu have pay the price la.... mengalahkan kera kena belacan! tp apa pun ubat mmg tersedia, cuma x nak amalkan makan ubat yg sangat mengantuk tu! tu lah no choice but ayam!

terima kasih pada Along, kak rose mintak nak cnp kat sini ya....

Source: dZana, resipi asal oleh: Ummi

BAHAN2:
1/2 ekor Ayam - potong2
1 st Serbuk Kunyit
1 bj Kentang - belah (Along tambah, resepi asal tak letak)
4 sb Cili Mesin (resipi asal guna cili padi siam)
4 ulas Bwg Putih - tumbuk
1 labu Bwg Besar - dihiris
1/3 cwn Sos Cili Siam (resipi asal guna sos cili)
1 - 2 helai Daun Kunyit - dihiris halus
Garam

CARA2:
1. Lumur ayam & kentang dengan garam dan serbuk kunyit.
Goreng ayam & kentang sehingga masak.
Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan 3 sb minyak & tumis bwg putih sehingga garing.
Masukkan cili mesin & kacau sehingga wangi.
Masukkan bawang besar, sos cili dan kacau sehingga pekat.
Masukkan ayam, kentang, daun kunyit dan di gaul rata.
Masukkan garam jika perlu.

3. Hidangkan dengan nasi putih.


(ayam kak rose togel je sbb bawang yg dah siap potong lupa nak masukkan dalam tu.... tengah kalut masak ada lak kawan datang, so terus tutup api dan bila nak buh dalam pinggan tengok bawang kak rose tegolek2 atas papan pemotong! apakah?)

8 comments:

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Assalamualayumwbh kak Rose........waaaaaaaaaaaaaaaa missed u.........waaaa ayam sos siam lagi......!!! Apa khabar kak? MMMM dah mula layan bebudak bercuti....:)?

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum...
kak rose.. sedapnya ayam tu.. tak pernah lagi try wat ayam sos siam ni.. rasanya mesti ala2 tomyam gak ek? hmmmm.. nak try gak.. thanks share resepi.. kadang2 ayam ni sampai naik buntu kita nak masak apa kan.. kena pelbagaikan menu tapi otak kering.. tak leh nak memikior.. anak2 mmg dah start cuti sekolah dah skrg ni.. stok makanan tinggal kat umah pun kena la lebey.. ehehe

Ummi said...

Asalam Rose...waaah dah melekat pulak ayam sos siam kat sini yea...thanks la sudi try...boleh la adjust ikut rasa masing2 kan...ini just idea spontan jek dr Ummi...hehee..

Uncle Lee said...

Hello Kak rose, datang sini macham kena torture, see your delicious cooking.
Begitu la how husbands boleh mamjah, sayang isteri. Dapat makan variety of dishes.
Has hubby changed his belt yet? Ha ha.

Your Siamese ayam sos looks sedap best! Outstanding!
This one belum pernah makan, but that Siamese ayam wrapped in da lupa apa daun and I think steamed very good, I da try in Thailand.
Okay, I da ingat, 'pandan chicken'.

You have a nice day.
Lee.

Kak Rose said...

Walaikumsalam Ayu, lama menghilang, terbang kesana sini ya....welcomeback to blogging world! he he he

Kak Rose said...

Nani, kak rose ni pun sllu pening pala pk nak masak apa... nasib baik ada kawan2 maya yg tera2 masak ni kan... godek je rumah2 depa ni... jumpa yg brkenan terus masak!... tp kena simpan segala stok la kan... baru senang keja!

Kak Rose said...

Ummi, tq share resepi ya, wpun spontan tapi boleh jadi rujukan bagi kak rose yg x pandai nak masak nih!

Kak Rose said...

Uncle Lee, luckily hubby's belt never change...and still maintain at 66kg after more than 20yrs of makan my cooking!

yah, ayam pandan x per, but don,t ever try ko ko kai ya... nnti kena potong!