Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 19, 2011

Cek mek x molek, eh?

ni lah kerja tangan yang sangat dah x leh nak adjust.... jadi rupa kuih yg secantik cantik namanya sudah jadi sebaliknya! penangan keras tangan kak rose! tp rasa memang mabeles, lembut dan manis keledek tu mmg terasa... agaknya kalau orang lain buat jadi begini rupanya mesti malu nak tayang kat sini kan... pada kak rose x de apa nak dimalukan sbb itulah hasil tangan kak rose sendiri... hu hu hu nak nanges tegok kejadian cek mek molek ni...

resepinya dari Makyong@Myr, mekasih ya. dulu kak rose penah buat dan jadi dengan cantiknya kat sini... suker hati! tp kali ni manyak sedeh la.....


Bahan-bahan ( 12-13 biji )
  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula
  • minyak untuk menggoreng
  • (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)

Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

7 comments:

Arizakiah said...

Ni masakan orang kelate nih.....zakiah tambah sedikit majerin untuk melembutkannya.....kalau adunan kak rose tu zakiah rasa dalam 1 sudu je....

kakwan said...

Salam Rose, x pe x molek punn asalkan sedap.. :D

Kak Rose said...

Aeizakiah, tq for the tips, nnti len kali boleh cuba!

Kak Rose said...

Kakwan, malu rasanya bila kakwan tengok ni...tp rasa mmg best!

Anonymous said...

Salam wahai Kak Rose, jangan begitu bagi Ratna dauphine ubi keladi rupa-parasnya molek tidak ada kurangnya dan warna gorengan yang sedang-sedang elok perang ke'emasan, jangan sedih hingga kan mahu nanges ya Kak Rose!

Salam manis manis madu.

dari dapur nasya said...

wahh kak Ros masak cik mek....teringinnya Nasya...teringat-ingat ngan air gula tu..naknya kalau makan panas2...emmmm sedapnya kak Ros..

HomeKreation said...

Salam KakRose cayang. Kalau masyuk mulut molek sangat ler ni...hehe