Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, November 8, 2011

Ayam goreng seri wangi

taraaaa..... dah siap lauk tengahari ni... mmg menjejeh air liur baca kat blog Ummi tu.... katanya anak dara dan bujangnya meratah sakan.... resepi dari chef tersohor tentunya la sedapkan.... tu yang buat kak rose terus rasa nak merasa gimana wangi dan sedapnya ayam ni.... x dinafikan dan kalau kawan2 nak rasa kenalah cuba sendirik ya... meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari rumah Ummi... terimakasih pada semua yg share resepi ni.... Ummi, CMG dan Chef Wan.

AYAM GORENG SERI WANGI
Resepi: Buku Masakan Chef Wan (Koleksi Mat Gebu)

Bahan:-
  • 4 dada ayam - dihiris kecil
  • 2 batang serai - dihiris halus
  • 1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
  • 10 biji cili padi - dihiris halus (ni kak rose kurangkan...x tahan podeh)
  • 2 sudu besar pes tom yam
  • 60 ml air
  • 1 camca teh madu (akak letak lebih sikit)
  • 1 1/2 camca besar mayonis
  • 3 helai daun limau purut
  • minyak masak secukupnya
Bahan Perap:-
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telor saiz kecil - dipukul sikit
  • garam
  • 3 camca besar tepung jagung
# Ayam diperap dengan bahan perap selama 15 minit.

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam isi ayam tadi. Goreng hingga garing dan angkat, toskan.
  2. Panaskan pula sedikit minyak dalam kuali, tumis serai, bungan kantan, cili padi dan pes t0myam hingga harum.
  3. Masukkan air, madu dan ayam, kacau rata dan seimbangkan rasa. Tutup api.
  4. Masukan mayonis dan daun limau purut. Gaul rata dan hidangkan.

9 comments:

Qhaifa Nur said...

sedapnya ayam goreng ni, baunya mesti wangi

Anonymous said...

Salam Kak Rose, harum-seri wangi .. trigin cuba-mencuba malangnya simpanan bunga-bungaan kantan pujaan Ratna hanya tinggal 3 kuntum sahaja, sayang sekali ... jika Ratna gunakan nanti bakal lemak laksa sudah tidak kecukupan, gimana tu wahai Kak Rose??

Kajian dan kesimpulan: bahan ramuan semua, sememang sah extra-yummy jadi-nya, tapi banyak benar tapi-nya dek kerana kuntum bunga kantan punya pasal!! Kak Rose ... mengapa Ratna terjauh nun dihujung dunia ....

Salam manis manis madu.

JaSSNaNi said...

Selamat Hari raya kak rose... assalamualaikum.. :) apa khabar.. eh tentu2 lah sihat kan.. dah dok dapur wat masak ayam sedap sangat2 ni kan..
kak.. nak amik resepi ni.. nak test buat gak.. nampak sedap, berkilat pekat likat tu,, tak tahan dah terliur ni.. ehehehe.. tau.. nani nak amik resepi tau.. :) bukan mintak kebenaran dah ni.. kes bagi tau ni.. ngeh3

Kak Rose said...

Qhaifa, mmg sedap... wangi bau serai n daun limau purut, rasa tomyam juga mayonisnya!

Kak Rose said...

Sayang sekali Rat, x de bunga kantan nnti jadi kuranglah wanginya kan... mungkin boleh dicuba dilain kali!

sedapnya laksa lemak... teringin nak makan lak!

Kak Rose said...

Sama2 nani.... cubalah, pasti x rugi taw sbb mmg sedap!.... kak rose pun cuma memanjangkan resepi dari kawan2 ni

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, ini la kalau a bachelor dapat jemput datang makan, habis cherita! Lepas makan nak kawain cook, ha ha ha.
Women like you, worth your weight in gold, cooking something like this...
Makes me wish I am your neighbour.

You accept bribes? Ha ha ha. I bring durians.....then get invitation for dinner, ha ha ha.
Have a nice day.
Lee.

Kak Rose said...

Uncle Lee, ur wife must be the best cook u ever find kan, that's why u kawin her... ok balik Mesia be my neighbour so that I can learn masak2 frm ur wife!

durian?, bawak satu lori D24 then I'll belanja u makan. ok x?

Suwaibah YS said...

Kak Rose

sedappnyaa... perut syaa dh berbunyi ni..
tapi nak tanya ckit
sesuai tak makan dgn nasi hujan panas ..
tgk ade respei hujan panas kak rose, teringin plak nak buat..tapi x sure lauk ape yg sesuai
huhuhu