Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 7, 2011

Masak lemak labu + udang

lama dah x masak lemak cili api.... dan kali ni labu ni jadi mangsanya.... udang yg sekarang ni dah jadi musuh ngan kak rose pun ada gak... x tau kenapa, sekarang ni sangat allergic dengan menda2 gatal ni.... keropok pun sama. punya la teringin nak makan keropok lekor yg hubby baru bli dari terengganu, tp terpaksa pendam je la.... sedangkan makan kreopok goreng 2 keping je pun dah timbul gegata yg sangat menakutkan.... dan gatalnya Tuhan je yg tahu!... so terpaksa pantang banyak menda x leh nak makan.... udang ni pun amik jugak seekor jer.... buat lepas kempunan, harap2 x lah timbul gegata lg. seksa taw dengan gegata ni.... kalau kawan2 ada petua camner nak ilangkan gegata ni boleh lah share dengan kak rose ya..

bahan2:

1/4 biji labu
udang- terpulang nak banyak mana
1 btg serai- dititik
2 keping asam gelugur
2 cawan santan
1 helai daun kunyit- hiris

bahan2 kisar ---> tumbuk lg sedap!

5 biji cili api (nak pedas leh tambah lg... kasi berasap!)
sedikit kunyit hidup
garam

cara:
labu disiang dan rebus sekejap
masukkan bahan tumbuk dlm kuali/periuk
masukkan santan, serai, asam keping dan didihkan
sentiasa dikacau, kalau x nnti pecah santan
masukkan udang dan labu td
didihkan sekali lagi dan kalau rasa dah ok boleh padam api.... dah siap!

6 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Rose, petang2 gini bikin Ratna tringin pingin pula jadinya sediakan masakan gulai bersantan kuning dengan labu ber-udang, tambahan cara Kak Rose tidak perlu ber-sambalan sebagai peneman, 2-in-1 gitu ya!

Malangnya Ratna tidak tahu petua ubati allergic gatalan seafood kecuali siap sedia kan pommade/cream-paste dari Dr-Dermatologist, itu sahaja.

Salam manis manis madu.

kasihredha said...

kak
lauk ni saya suka sgt2
saya suka udang
dan saya suka labu :)

Cik Puan Izan❤ said...

labu ni mmg feveret saya... tapi saya pun alergik dgn udang...kita tukar jelah uang tu dgn daging atau ayam boleh tak kak rose?

Kak Rose said...

Rat, ternampak labu yg cantik berposing kat rumah ratna tu yg jadi teringin nak makan gulai labu!... makan dengan ikan masin dan ayam goreng jer... berpeluh2 makan!

mmg kak rose ada sapu calamaine lotion, ubat gatal untuk amik pagi dan malam.. tp kalau tersilap makan pasti ada lagi... g doctor disuruhnya pantang segala makanan... tu yg kadang2 telajak jugak. aduyaiiii

Kak Rose said...

kasih, sbb suka, pantang pun belasah jugak... asal hilang kempunan... tp ubat jugak x lupa!

Kak Rose said...

Izan, x tau kenapa tetiba allergic ngan seafood... asik ayam n daging jer, jemu gak!