Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 7, 2011

Nasi minyak hujan panas

Asalamualaikum dan selamat pagi semuanya.... masih bercuti hari ni kan.... dan ramai juga yg menjalankan ibadah korban pada hari ini. emak dan bapa kat kampung pun buat korban pada hari ni... tp kak rose x dapat balik, cuma adik beradik yg lain ramai yg berkumpul kat kampung. nasib baik jugak cuaca elok je kat kampung, sedangkan shah alam ni hujan sepanjang pagi tadi... dan cuaca yg cenggini rasanya ramai yg tarik selimut masa2 cuti ni kan.... zzzzzz

kak rose nak kongsikan resepi nasi minyak hujan panas yg kak rose masak semalam.... wpun nasiknya dah abes tp tetap jugak nak post kat sini untuk rujukan dilain kali. terima kasih pada Ann periuktanah kerana kongsikan resepi nasi ni ya... tapi entah kenapa beras basmathi SAGA ni macam x cantik lak nasinya kan.... ke kak rose yg x pandai masak?

Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)

3 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- hiris halus dan dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga
5 cawan air rebusan ayam- *** sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam - bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih kurang 10 minit. (kak rose guna kiub je)
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul

sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
kismis, bawang goreng dan gajus

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus (4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.

3. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna merah dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Ulang proses sama untuk warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. selepas 5 minit..Taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna
sekata bagi keseluruhan periuk.

4. Sedia dihidang bersama lauk-pauk lain.

sedap dimakan bersama kurma daging, ayam masak merah dan jelatah.... oh ya, nasi ni makan cenggitu je pun sedap!

3 comments:

Cik Puan Izan❤ said...

sedapnya nasi hujan panas... kaler dia lawa... saya buat tak jadi mcm tu...

dalila said...

hidangan aidiladha menarik ni. :)

Lieya said...

Wah wah wahhhh kiler meriah rupe nasi minyak ni... ehehehehe...