Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 19, 2011

Kerabu mangga kerisik ala siam

salam berhujung minggu semua.... pagi ni rasa malas lak n g briskwalk, tu yg ngadap pc dan mengupdate menu semalam pepagi ni.... tengah pk2 nak bekpes dengan apa pun ya jugak.... pk la sangat kan tp nnti last2 roti bakar jugak! dah itu yg paling senang dan sedap pada kak rose la.... kengkawan2 ada ke vcm tu gak? or sllu nak bekpes yg special bila hujung2 minggu cenggini.... apa pun yg pasti bekpes kena sediakan kan...

resepi kerabu mangga ni kak rose sekodeng kat blog CMG yg asalnya dia dapat dari Ummi Kuantan tu.... kebetulan ada mangga muda yg jiran bagi ari tu. mmg sedap sangat kerabu ni dengan adanya kerisik tu lagi menambahkan kesedapan. kak rose x de la mangga apple tu, tp mangga ni sangatlah sedapnya sbb x masam langsung, perahkan asam limau barulah ada rasa masam sikit... tu yg kak rose lagi suker... mekasih pada CMG dan Ummi yg sharekan resepi ni ya dan kak rose mintak izin nak cnp kat sini lak...


BAHAN-BAHANNYA :-)

3 biji mangga epal, yang mengkal, diparut atau hiris memanjang (kak rose guna sebiji mangga biasa)
4 biji bawang merah, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
Sedikit daun ketumbar, hiris halus (tak letak) (kak rose pun x dak!)
5 biji cili padi, hiris halus (mat guna 4 merah dan 4 hijau)
2 camca besar udang kering, rendam dlm air panas sekejap, tos dan tumbuk halus
1 camca besar gula pasir
1 camca besar perahan jus limau nipis (mat guna limau kasturi)
2 camca besar sos cili Thai (mat guna sos chili thai "LIFE")
4 camca besar kerisek (mat guna 2 camca besar sahaja)
Sedikit garam, jika perlu (mat guna sos ikan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam mangkuk besar, campurkan mangga dengan semua bahan-bahan yang dihiris dan dimayang tadi. Gaul rata.
  2. Masukkan gula, udang kering, jus limau nipis, sos cili Thai, garam dan akhir sekali kerisek.
  3. Gaul rata semua bahan hingga sebati dan seimbangkan rasa ikut tekak memasing. Hidangkan dengan nasi putih. Selamat Mencuba...!
ps: sangatlah disyorkan pada sesapa yg belum pernah mencuba.... sangat sedap taw, bak kata Ummi macam yg makan kat kenduri kawen tu!

10 comments:

Unknown said...

assalam kak Rose, ishhh kecur air liur tgk kerabu ni kak..nieza memang suka kerabu gini..sedapnya:)

Kak Rose said...

nieza, mmg sedap sangat... nnti kalau ada stok mangga boleh la cuba resepi ni...mmg meleleh air liur!

liza said...

salam kak rose...fuhhh menitik air liur tgk kerabu mangga ni....

Kakzakie Purvit said...

Terliur betul kakak dgn kerabu mangga ini. Kakak kalau mangga buat apa pun dah suka apa lagi kalau di olah jadi macam ini..:)

Yatie said...

uwaaaa menyelerakan tu, leh buat ni..tq..

Kak Rose said...

liza, cubalah... pasti x mengeciwakan...

Kak Rose said...

kakzakie, kalau ada stok nnti bple la buat!

Kak Rose said...

Yatie, silakan... silakan..

Arizakiah said...

KECUR AIR LIUR TENGOK KERABU MANGGA...TERINGIN NAK BUAT TAPI TAKDE MANGGA......HU..HU..HU....

Kak Rose said...

Azrizakiah, nampaknya kena g jolok buah mangga kat pasar nih!