Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 11, 2011

Pulut inti dipetang hari...

semalam lagi teringin nak makan pulut dengan inti manis ni... kebetulan segala bahan pun ada... wpun hanya guna santan serbuk tp dek nak makan buat jugak la.... dan kelapa putih ni mmg ada stok untuk kegunaan diwaktu kecemasan! jadilah inti manis yang harum bau pandan.... hmmmm sedap. puas dapat makan. inti kelapa manis ni kak rose amik dari rumah izah yg dia buat untuk kueh ketayap...mekasih ya izah...

Bahan untuk inti
sumber:izahdaut

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Caranya: Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak. Angkat dan sejukkan.

ni versi malas dan sebenarnya dah kehabisan daun pisang.... lagi senang nak ngap kan! pulut cantik ni kak rose bli masa g ke Narathiwat Thailand dulu.... wah, pulut impot gitu!

13 comments:

MamaIeta said...

salam..... sedapnya.... tak pernah rasa. nampak senang. boleh cuba lah ni.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Ros kita belum minum petang.Sibuk sungguh dekat2 nak cuti skolah ni.Nak masak2 pun tak sempat.Minta la seketul dua nak buat minum petang ni.

Cheq Sue said...

Kak ros...terliur dah ni... dah lama betul tak makan...

liza said...

sedapnya pulut ni kak nor...peberet hubby ngan anak2 Liza ni...

cik cek said...

Kak Rose...nak pulut inti dalam 2 bungkus...sedapnya...kalau inti kelapa tu ada durian pun sedap kan Kak Rose...:D

Kak Rose said...

Mamaleta... sedap dan mudah disediakan...

Kak Rose said...

Ros, camtula... nnti dah cuti boleh relak sakan la ya... meh jom join minum petang sekali.

Kak Rose said...

Cheq Sue, kalau malas kek kodai pun banyak... kalau kat kelantan panggil pulut pagi.

Kak Rose said...

liza, apa lagi... sila lah kedapur dan kukus pulut! panti anak2 n hubby lg suker!

Kak Rose said...

cek cek, x de la doyan bagai... tp bau harum daun pandan tu pun dah rasa sedap! makan sebungkus pun x cukup!

amal said...

Salam Ziarah kak!^_^
seriously sy sgt suka mkn pulut ni , suka sgt2! tp tak penah buad pun , beli je , hehe

jum singgah kak
http://applehijaulife.blogspot.com/2011/11/ice-cream-gorengg.html

Unknown said...

Assalam Kak Rose, sedap tgk pulut inti ni kak..lama dah tak mkn:)

Amelia said...

Hi Kak Rose, my first visit to your blog. Your pulut inti looks extremely good, my all time favorite. Have a nice day.