resepi tauhu singapura ni kak rose sekodeng kat blog CMG yang nampak sangat menyelerakan... since bahan pun ada jadi buatlah untuk lunch. mmg sedap sangat dan kak rose kurangkan cili api tu, maklumlah x tahan pedas.... meh kita tengok resepinya yg kak rose cnp dari blog CMG tu. mekasih ya mat, tp kak rose ada tambah carrot yg dipotong halus... saja nak bagi ada kaler2 gitu!
BAHAN KUAH KACANG :-)
150 gram kacang tanah
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*kisar halus, gunakan air masak) (kak rose x letak ni sbb x makan!, tp ttp sedap!)
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 camca besar kicap pekat
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
4 keping tauhu, digoreng dan potong dadu
1/2 biji timun, diracik halus
1 biji sengkuang saiz kecik, diracik halus
2 genggam taugeh, celur sekejap dan toskan
Hirisan halus cili padi merah (optional)
kak rose tambah carrot yg dipotong halus
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK KUAH KACANG :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan, buang lapisan nipis pada kacang tanah tadi dan kisar. Masukkan ke dalam bekas, tambah bahan kisar halus, jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya (selalu kuah kacang sedikit manis), jika pekat tambah sedikit air, kacau rata. Ketepikan sebentar.
- UNTUK TAUHU SINGAPURA :- Susun tauhu goreng yang telah didadu dalam pinggan. Letak hirisan sengkuang, taugeh dan timun atasnya, curah kuah kacang dan tabur hirisan cili padi. Hidangkan segera....hmmmm...sedap ok....i likeee!!..
18 comments:
Sedapnya tahu kak ros buat!
nanti ibah nak buat laah.. heee. :)
terima kasih kak ros sebab selalu kongsi resipi..
as-salam kak rose
ni org singapura dah datang nak merasa tahu singapura..mmg sedap tahu singa ni..ady pun pernah buat tahu ni..sedap3..
akak...diet lagi ke? dah brapa kilo turun??
mmng best resepi ni...yatie pun dah pernah buat..sedapkan..
sedapnya... makan ni saja dh kenyang.. kena cuba ni.. :)
Kak Rose...cek nak sikit...suka makan tahu cam gini...
wah kak rose,ini mmg fav saya..sedap kan?..mmg selalu buat tauhu singapore ni..pembuka selera..:)
Noor Adibah... mmg sedap, cubalah nnti pasti suka.
ady, alamak orang singapore dah datang... lulus ke wat cam ni? tp resepi cmg ni mmg sedap kan.
Noorma, dah naik balik 2kg... hu hu hu... tu yg baru nak mulakan semula ni. tp liat betul la.
Yatie, tepat sekali... sedap n simple kan.
Lina, cubalah. pasti x rugi mencubanya!
cik cek, kak rose makan lunch sampai dinner pun. sedap sangat!
Anim, mmg semua kata sedap kan....
Salam Kak Rose, mengapa namanya tauhu Singapura? Jawapannya, ada-kah kerana tidak disumbatkan itu isi-inti hirisan halus sayuran tersebut? Gimana pun pasti super yummy!
Salam manis manis madu.
sedap! tun dh pernah try tauhu singapura nih. kalau tauhu2 cam gini mmg tun suka sgt la.
Assallamualaikum kak Rose..
Kak, betul2 commited ni dgn plan diet.. Nak berdiet senang tp nak consistant ikut regim tu mmg satu cabaran..
Suka tauhu jugak. Ayah naz kalau makan tauhu sumbat pun cam ni jugaklah. Dia tak nak sumbat tp potong2 dan campur dgn sayur2 tu dan letak kuah..Lagi senang nak makan..
Hello :)
Hi, Kak Rose!
The kuah kacang right, after inserting all the ingredients (including the fine blended ingredients), do we need to fry again? or after mixing all the ingredients, we can just indulge to ourselves?
Looking forward to your reply!
Thanks, Kak Rose :)
Post a Comment