Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, November 2, 2011

Pencuri bodoh!

Salam dihari kedua bulan November..... insiden yg x terduga pagi ni buat kak rose.... selepas hubby g keja kak rose pun siap2 nak g briskwalk spt selalunya.... cari2 kasut jogging yg mmg letak depan kabinet kasut x de pulak... eh mana peginya? x pernah letak tempat lain pun... dan bila tengah tercari2 tu terpandang lak kasut jogging hubby kat atas pagar sebelah kanan.... x ternampak lah yg kak rose punya.... so kak rose pun g la dekat... dan tu dia, kasut kak rose pun ada atas pagar jugak... sebelah kiri dan terlindung dari tiang pagar tu. cepat2 call hubby tanya ada ke dia g letak kasut tu kat situ.... so dia kata, apa keja hari2 asik hujan nak jemur kasut atas pagar lak pepagi ni? ... dah suspen je kak rose.... hu hu hu takutnya.... sapala agaknya yg letak kasut tu kat situ kan.... mula lah air mata pun laju je turun.... adoyaiiii... takut sangat!

kalau hilang terus tu dah tentulah kita tahu ada pencuri masuk kan.... ni hanya letak atas pagar dengan setokin pun masih ada dalam tu sbb mmg hari2 kak rose pakai g briskwalk.... macam2 yg terpk kat otak kepala ni... ada orang nak dengki ke? kita mana tau kan... manusia, rambut sama hitam tp hati lain2.... so tanya2 ngan jiran sebelah kiri dan kanan... x de pulak yg hilang... dan bila tanya jiran yg berselang sebuah rumah dari kak rose... tu dia sampai 5 pasang kasut anak2 dia terbang! barulah rasa lega sikit sbb dah tau mmg ada cubaan mencuri, tp mungkin sbb adidas dan umbro tu dah buruk maka ditinggalkan kat situ jer! ke atau saja letak kat situ dan nak kutip kemudian... atau x sempat nak amik sbb kak rose dah turun n pasang lampu sebelum subuh lagi... nampak gayanya dia baru je letak kat situ sbb kasut tu x de pun tanda kena embun pagi... dan mmg malam tadi pun hujan hingga awal pagi. atau apakah mungkin yg terjadi kat Putrajaya semalam dah menular ke Shah Alam ni? apalah nak jadi dengan budak2 ni kan?

pencuri bodoh!... nasib baik x diamiknya 2 pasang kasut scholl kak rose yg ada depan pintu tu... atau mungkin dia nak jenis kasut sukan cenggini jer?...

walaupun buruk, tp sayang jugak kan.... kalau pencuri tu pandai, yg ni lagi mahal kalau nak jual. bodoh punya pencuri!

31 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

nausubillah kak Rose. Sabar-sabar...dia boleh punya org sebab tu diajadi pencuri..hihihi...dah calm down ke???Nak teman??

Kak Rose said...

Ros, dah la hubby outstation... benda camni lak yg jadi. mmg takut sangat!

Chah said...

Kak, takutnya ...akak tukarl briskwalk tu ngan xtvt lain, taekwando ke, silat gayung ke...:) hati2 kak....

tun_telani said...

ya Allah.. moga2 dijauhkan.. mlm ni pastikan semua pintu dan tingkap kunci tau..

lyn at home said...

sian kak rose..nampak gayanya kena sentiasa berwaspada ya kak rose..semoga akak dilindungi Allah sentiasa..Aminn

Qhaifa Nur said...

minta dijauhkan..
trauma kalau mereka masuk rumah...

LiNa_Pg said...

Alhamdulillah masih ada rzk kak rose..kasut tu x ilang..tp yg pelik tu nape lak depa pi letak atas pagar tu..jadi misteri lak..

Wiyah said...

alahai siannya..tp kelakar plak pencuri tu rajin nak g susun2 kasut kat lain...sweet la pencuri tu hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

haishhh.. seram jugak bila fikir2 balik sbb senang2 je pencuri tu masuk pagar & pilih2 kasut yg dia berkenan... hati2 ye kak rose.. nak pulak awal2 pagi tu.. usahlah buka pintu dapur tu atau pintu depan walaupun utk tujuan nak buang sampah ke apa ye.. tunggulah sampai hari cerah sikit... manalah tau kot2 terjongol dia depan pintu dapur masa kak rose sediakan sarapan.. nauzubillah!! Ni bukan nak takutkan kak rose.. tp mmg betul2 suruh kak rose hati2.. takut je benda lain yg terjadi.. setakat kasut hilang takpe lagi...

Aziela said...

Syukurlah dia tak terjah sampai ke dalam rumah. Hati2 yer kak...

Yat Maria said...

Alhamdulillah tak terjadi aa2 kak Rose..mudah2an dijauhkan dari kejadian yg tak diingini..take care kak!

Anonymous said...

Salam Kak Rose, ya ampun .. permulaan bacaan Ratna ingatkan ada itu .....? ishh ... yang seram sejuk tu naik meremang perasaan dibuatnya, zaman dulu kita panggil "pontianak" ya Kak Rose, tiada embun lembab di-kasut dan di-letakkan diatas pagar begitu sahaja seperti me-"warning"!!

Wahai Kak Rose hati-hati berwaspada jangan sebutkan Kak Rose sendirian dirumah kerana kita sedang me-info kan kepada sesiapa sahaja yang trigin berbuat "jahat" pada bila-bila masa sahaja. Kasihan Kak Rose, hapuskan airmata yang selinang dan dari sekarang pastikan h-phone senantiasa diselitkan di? seperti cara Nenek-Moyang kita dahulu, Kak Rose faham dimana ya!

Begitu subur tinggi cantik tanaman serai empunya Kak Rose tu, adore sungguh!

Salam manis manis madu.

Yaati Nor said...

heheheh..pencuri budak kecik kot mcm kat putrajaya tu kot budak 7 dan 8 thn,,salam pekenalan kak rose..jom singgah blog saya tgk2 tudung..http://seripelangicollection.blogspot.com/

Kak Rose said...

Chah, nak bli pistol ada jual x? nak tembak jer!

Kak Rose said...

tun, dah kunci pintu tingkap suma... takut sangat2

Kak Rose said...

Lyn, harap begitulah... mintak dijauhkan segala yg x elok tu kan...

Kak Rose said...

Qhaifa... ni pun dah rasa trauma... takut!

Kak Rose said...

Lina, tu yg jadi takut sangat... kalau hilang terus x pe ni kan lain jer...

Kak Rose said...

Wiyah, pencuri bodoh atau saja nak takutkan kak rose agaknya!

Kak Rose said...

Madiha, tq for the advice.. mmg kena beringat sangat2... mintak2 dijauhkan segala bahaya.

Kak Rose said...

Aziela, mintak2 dijauhkan la....

Kak Rose said...

Yat, tima kasih ya.

Kak Rose said...

Ratna, masa memula jumpa kasut tu mmg rasa takut sangat... tp bila jiran sebelah pun hilang sama barulah rasa lega sikit... mmg ada pencuri!

terima kasih sekali lagi Rat, ya lah kadang2 dalam kita berblog ni macam menginfokan yg kita x terduga... satu kesilapan disitukan dan harap tidak berulang... kena lebih berwaspada!

serai tu subur sungguh hingga x payah beli dah sekarang ni!

E-na Zarina said...

umah e-na pun pernah kena mcm ni kak rose...4 ke 5 psg kat kasut hubby n e-na lesap di sapu...masa tu shoes rack kat luar grill...lepas kejadian terus bawa masuk rack kasut dlm grill...tp mlm kejadian mmg semua umah jiran baris e-na kena...mmg deyrang operasi abis2an mlm tu gaknya...

kasihredha said...

pencuri memang bodoh kak

HomeKreation said...

Kenapa lah org suka curi kasut ek... org yg suka beli kasut curi tu lagi lah bodoh!

Unknown said...

alahai tertinggal ketapi dah saya ni kak...apapun syukur alhamdulillah tak ada apa yg berlaku kan tapi kena hati-hatilah takut pencuri tu dtng lagi:)

Kak Rose said...

Ena, lepas kejadian tu, nampaknya shoes cupboard yg kat luar tu kena biar kosong jer... semua bawak masuk rumah dah!

Kak Rose said...

kasih, mmg betul sangat la tu!

Kak Rose said...

Along, tu la kalau x de demand tentu x de supply kan.... so supplier tu kena kerja kuat la kan...bodoh betul derang ni kan?

Kak Rose said...

Nieza, syukur2 sangat2 x sampai masuk rumah... dan pas ni kenalah lebih berhati2.