Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, February 16, 2011

Puding jagung

dah lama x makan puding jagung ni.... sementara ada stok jagung manis tu so kak rose buatlah tengahari tadi. buat pun setengah dari adunan tu jer... untuk nak lepaskan rasa nak makan tuh.... hmm sedap dingap sejuk2 gitu... tapi sememeh tu jangan cakaple kan... x sabo nyer orang nak motong n ngap. cenggitu le jadinya, tp nak jugak tepek kat sini.... x pe kan?

resepinya dari izamel78@Myr dan kak rose penah buat kat sini.....

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan pati santan
  • 3 cawan air
  • 3 - 4 senduk kecil gula (kurang atau tambah mengikut kemanisan masing2)
  • 1 tin jagung manis

Cara-cara

  1. satukan kesemua bahan. kacau sebati supaya tepung tidak berketul-ketul.
  2. masukkan ke dalam periuk, masak di atas api sederhana. kacau sentiasa hingga adunan likat dan berkilat.
  3. tuang adunan yang masih panas ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika. simpan di dalam peti sejuk.
meh jemput minum sama dengan puding jagung nih.....

10 comments:

izahdaut said...

wah cantik aaa bentuk puding ni kak..lawa2..tak kire la sememh pun asal sedap kak kan

~Norul Mas Hana ~ said...

Assalamualaikum kak rose,
saya suka puding ni...sedappp

Nazrah said...

kita pun dah lama tak wat puding jagung ni..tengok dalam petiais ada separuh jagung dalam tin..nak wat gak lah...

Mas said...

sedappnya puding jagung..
lama dah mas tak makan..
nak sikitt kak..he..he...

Anie said...

Kak Rose,

Mcm gini punya cantik, halus, mulus punya puding jagung akak ckp sememeh. Cantik lah kak mcm I...hahahaz *ehem* *ehem*

Anonymous said...

salam kak rose...sedapnya...nanti boleh cuba ni...bahan bahan pun senang...resepi kak rose tak pernah mengecewakan....

Trying To Be Muslim.. said...

kak Rose....simple recipe but yet sedap kan? Thank u for sharing....tak tahan tgok bahagian yg di potong tuuuu..

Kak Rose said...

izah, apa ada pada ropa kan....

Norul, lama x makan tu yg buat ni... sedap!

Nazrah... jom memuding kita. jgn simpan saja nnti rosak pulak jagung tu!

Mas, alamak terlambat sudah... udah ilek makan petang td!

Anie, masa x potong tu ok jer... bila dah kena potong... tengok lah sendiri berapa keras tangan kak rose nih!

eni... kak rose nak buat pun cari resepi yg senang2 jer... kalau complicated tu mintak mahap je la jawapnya!

Ayu, betul tu.. sememeh tp syedap!

Yat Maria said...

kak rose

memang shedap puding jagung tu..tangan dah gatai nak wat gak arr..

Kak Rose said...

yat, sila la cepat kedapur, godek dulu sebelum g keja... balik nnti ready tuk d ngap!