Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 28, 2011

Crispy potato wedges

salam dan selamat malam. entry terakhir February 2011. buat potato wedges ni sbb dah x tau nak buat apa untuk minum petang td. nak buat kuih tersangatlah malasnya. teringat potato russet yg bli ari tu ada lagi baki 2 biji beso2. godek2 cari resepi dan terus kedapur buat nih. resepinya dari blog 1001 cerita 1001 rasa.... noorsha.blogspot.com. terimakasih ya kak rose nak cnp dan tepek kat sini.....

Bahan²

2 biji kentang - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
1 sudu teh serbuk cili (x de kak rose ganti ngan serbuk kari)
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam


Cara²

1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk.
3. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
4. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
5. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
6. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
7. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

hmmm... yummy2. makan panas2 rangup jer... bila dah sejuk lembik la pulok!

7 comments:

cik cek said...

Kak Rose....tak yah susah2 pegi KFC ....boleh masak seniri je kan....jimat belanja.... :-)

Mas said...

mas pernah buat wedges ni..memang sedapp...
akak kata sejuk jadi lembik...nape gitu..

Fiza Nordin said...

sedap tu k rose...klu ade cheezy sos tentu lagi sedap...

izahdaut said...

kak rose..wedges kfc tu pun kalau sejuk lembik gakkan..kire standard la kot..ececehh..pandai je..buat pun tak pernah lagi neh..haha..nanti saya nak try lak la..kot anak2 suke

Ayu Safieza said...

yey...nak kuor beli potato........:) mmm kak rose kita dah wat mee wudang tau!!!

Kak Rose said...

cik cek... sungguh jimat, 2 biji kentang dah kenyang tuk 2 orang makan!

Mas, dah sejuk ilanh la rangup dia.... lembik tp ttp gebus!

Fiza, x de lak sos yg tu... bantai je apa yg ado!

izah, betul tu... lagilak kak rose yg keras tangan ni buat! tryla, pasti anak2 suka

Ayu, high carb nih. mee wudang tu sedapkan? brapa mangkuk dah abes?

Anonymous said...

tak leh share di fb ker?