Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 1, 2011

Bubur nasi ayam

selamat bercuti kepada yang menyambut hari wilayah.... tp masak2 x de cuti2 kan, jadi oleh kerana nak melayan tekak dan lelangit yang sakit hari ni masak bubur nasi saja.... (x cukup minum air ke lelangit jadi bengkak? camner nak minum air bebanyak hari asik hujan dan sejuk memanjang...... alasan kan?) menu untuk orang kurang sihat yang juga sakit kepala dari semalam lagi. pagi ni dah telan 2 biji panadol barulah ok sikit. kalau tidak nak mereng rasa kepala nih.... mereng pun tetap nak makan jugak kan..... resepinya kak rose amik kat Myr oleh che'iza, mekasihya...

Bahan-bahan ( 3-4 org )
  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik (kak rose racik halus2)
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk (kak rose guna cili api dalam kicap cair)
  • telur masin (x letak)
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 diatas)

Cara-cara

  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
  5. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik... Bubur ni sgt popular di sebuah kedai jual bubur kat Jalan Sultanah Batu Pahat....
dan untuk orang yang sihat kak rose buatkan nasi goreng sempoi ni.... siaplah lunch kami berdua untuk ari ni.... Alhamdullilah kenyang.

13 comments:

Unknown said...

alahai siannya kak rose...mcma mana pun memang kena byk minum air tu...dan mkn vit c buah oren ke kiwi ke bagus tu...semoga cepat baik yer...btw sedap pula nengok moi kak rose tu...lama dh tak mkn moi ada bilis lagi kalau bg org tak sakit mcm saya pun suka tu hehe

Kak Rose said...

nieza, sakit pun bermangkuk2 kak rose makan bubur nih... tulah kena minum air banyak kan?

hana said...

walahhhh kakk...enak eeee.... men cepak mari yo kak! kak...prt raja tk banjir ker?

Mas said...

sedappp....nak semangkuk..
harap akak cepat2 sembuh...

Cendana Kasih said...

Salam akak..cepat sembuh yer..rajin2 makan ubat..bawak berehat.... bubur nasi tu mengancam sungguh, dan lebih tertarik pada nasi goreng orang sihat tu...hehe

Kak Rose said...

harap cepet mari yo nduk... kg ku ora banjir tp kg sebelah2 wes tenggelem!

Kak Rose said...

mas, sedap untuk orang sakit jer... mekasih ya

Kak Rose said...

noorma, mekasih ya... nasik goreng bodoh2 untuk orang sihat tu, tp sedap je katanya!

anymz said...

kak rose,saya mau bubur ayam tu..nampak sedap tu kak rose..semoga cepat sembuh ya..

Kak Rose said...

anim, sedap untuk orang sakit tekak ni. mekasihya.

HALAMANKU said...

akak... sedap tu... kak.. aritu erma kena gak.. sakit tekak.. nak mknpun x leh hu hu hu..hrp2 cepat sembuh.. time trkena tu.. menitik gak air mata ni he he he

Kak Rose said...

erma, dah lah tekak bengkak, sakit pala lak tu... maunyer x kuor air mata! nasib baik ari ni dak ok. tq ya

obat keputihan herbal said...

siip..