Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, February 19, 2011

Ketupat dakap

salam dan selamat petang suma.... tuan tanah baru je balik dari mengukur jalan....bukan jalanraya tp g jenjalan cuci mata kat sogo.... bukan beli apa pun, saja nak hilangkan boring sambil makan2 kat kafeteria kat atas tu.... asik masak je penat jugak kan, so tukang masak pun nak cuti jugak...

sebelum g tadi ada buat pulut dakap ni.... hasil dari pulut yang beli kat Thailand ari tu.... wanginya pulut dia, x letak daun pandan pun harum je masa kukus tu. dan nampak sangat putih bersih gitu. 1st taim try buat pulut dakap ni, kebetulan my MIL ada bagi pisang raja yang sangat manis... so menerai lah buat... x tau begini punya siksa nak membungkus pulut tuh! pisang tu asik nak telanjang jer and end-up pulut yang sangat tebal membalut pisang dan jadilah ketupat dakap yang montoks2!!!! resepinya kak rose amik dari sini....

Pulut Dakap
Sumber: Majalah Jelita Februari 1994
Bahan-Bahan:
280 gm (1 pot) beras pulut (direndam semalaman)
½ cawan santan pekat daripada ½ biji kelapa
1 ½ sudu teh garam
10 - 12 helai daun pisang berukuran 20 cm x 15 cm (dilayur)
5 - 6 biji pisang kelat/awak/abu/ranum (kak rose guna pisang raja)
Tali rafia secukupnya ( kak rose x de tali, guna getah jer.... genting ramping ketupat yg berdakapan)
(** may be next time kena letak sikit gula dalam pulut)

Cara:
Pulut dikukus tiga suku masak, kira-kira 20 minit.
Angkat pulut, masukkan ke dalam mangkuk besar.
Kacau rata bersama santan bercampur garam. (ada resepi lain yg kak rose baca letak gula jugak)
Kukus lagi hingga masak.
Letak 1 sudu besar pulut di atas sehelai daun pisang.
Leperkan pulut dan letak biji pisang yang dipotong memanjang.
Lipat kemas seperti melipat lepat.
Lekap dua bungkus berdakapan dan ikat dengan tali rafia.
Kukus 10 minit atau hingga pisang masak.

genting ramping pulut tu berdakapan....

28 comments:

Anie said...

Salam Kak Rose,

Aiikksss kata cuti masak, sempat jugak buat ketupat dakap ni...hehehez ;) I blum pernah mkn ketupat dakap ni...mula2 tgk gambar ingatkan nagasari tadi...:D

fara dean said...

rajinnlah kak rose ni..
klau pelbagaikan intinya ok tak..sedap nmpk pulut tu..lemak2 gitu

anymz said...

assalam kakrose
sedap tau pulut dakap ni kita suka sgt.pernah makan sekali je dulu..teringin nak buat tapi takot rakyat jelata kurang gemar..huhu

Sofea said...

salam k.rose..pernah mkn pulut dakap nii..tapi x pernah buat..nantilah nak try buat..;)

HomeKreation said...

Salam KakRose,
Along tak pnh lagi mkn pulut dgn pisang ni. Kena rasa dulu baru cuba buat.

hzh said...

tak penah lg kak mkn pulut dakap nih... tp selalu gak kene dakap! wakakakakaka... njaluk siji kak!!

~hana

Kak Rose said...

Anie, ni pun 1st taim buat... tau makan jer!

Kak Rose said...

fara, x tau la pulak... yg tau isi dalam mesti pisang je!

Kak Rose said...

Anim, kak rose pun nak try dulu... alhamdullialh sedap.

Kak Rose said...

Sofea, mulanya kak rose pun tau makan jer, tp bila bahan dah ada suma x salah mencubakan...

Kak Rose said...

Along, sedap pd orang yg suka makan cam kak rose ni... suma belasah je!

Kak Rose said...

wah nduk.... sejuk2 ni slli je kena dakap ya... enak ngono!

NoorMasri said...

nampak sedap!

cik cek said...

Assalamualaikum....sedapnya ketupat dakap ni...tak pernah try buat...teringin pulak nak makan....kak rose...cek nak sikit bole...he he..
....Enjoy Cooking.....

Bee said...

kakrose, dah lama x makan pulut dakap nih..2 hari lepas dok skodeng resipi tup2 ari ni nampak kat umah akak..:)

Kak Rose said...

NoorMasri, cubalah.... sedap pd yg suka kueh2 tradisional ni.

Kak Rose said...

cik cek... so resepi dah ada. apalagi...

Kak Rose said...

Bee, bahan mudah tp tang nak membungkus tu yg x brapa pandai... nak makan sendiri bolehlah... janji memenuhi citarasa tekak ni...

izahdaut said...

Kak ros.....saya pun tak pernh rasa pulut dakap la kak. Hulur2 sikit kak rosss.. Cantik montok tu... Best nya dapt mkn sambil minum kopi o..

Mira Marlena said...

Salam Kak Rose,

Lepas ni bolehlah berdakap-dakapan lepas makan ni! :D

Kak Rose said...

Izah, leh cuba nnti... nak huluq x leh, dan ilekkkk!

Kak Rose said...

Mira, itu yg best sangat! hihi...

Ayu Safieza said...

Kak rose....seblum makan pulut dakap ni...nak pelok cium kak rose dulu...emmmmmauh2....cium kiri cium kanan......muehehehe...manalah tahu dapat tapau sket itu fulut.....peberet ustaz kecik ni!!

Kak Rose said...

Ayu... muah muah kat Ayu jugak... kalau cam tu kena buat untuk ustaz kecik ni...

Nieza said...

Assalam Kak Rose, lambat lak jet sampai sini..sedapnya pulut dakap ni...lama tak mkn ni..:)

ma'chiks said...

salam k.Rose...saya baru je makan pulut dakap sabtu lalu kt gerai tapi punya la rasanya yg tak uump..pulut tak lemak, pisang lak sikit...alahai nmpk gaya nk kena copy resepi umah ni nih...

Kak Rose said...

Nieza, penerbangan jarak, snow lagik... sampai2 dah abessss....

Kak Rose said...

ma'chiks... buat sendiri baru puas ati akan mcm yg kita nak... serba cukup rasa kan...