Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, February 13, 2011

Kedai Kak Lah yg pricy.....

salam dan selamat semuanya... malam ni baru je sampai kerumah dari jenjalan ke Thailand tu... penat dalam perjalanan yg jauh cenggini, apalagi masa balik tadi kami ikut jalan Gua Musang.... dengan jalan yg banyak berlopak2 dan sempit memang sungguh lama rasanya dijalan raya . perjalanan pergi ari tu kami ikut jalan lebuhraya timur barat.... KL- Grik-Pengkalan Kubor dan menyeberang sungai Golok... sebelum menyeberang tu kami sempat singgah kat kedai Kak Lah yg highly recomended by ain ni.... kalau nak tengok lauk2 yg disediakan digerai ni boleh g blog ain ni ya..... rupanya gerai ni berhadapan dengan sekolah rendah hubby dolu2.... mmg benar keadaan kedai yg x siap dan berhabuk ditepi jalan yg sangat kering masa tu.... tp sbb nak rasa, kami singgah dan makan wpun sebelum tu mmg dah makan kat R&R Sungkai.

gerai makan ditepi jalan Pengkalan Kubor... blakang tu bangunan yg x siap... mcm abandon project jer.... masa ni x de pelanggan langsung sbb dah pukul 3.30pm...

terletak berhadapan dengan sekolah ni.... berhampiran dengan Pengkalan Kubor FTZ. kepada sesapa singgah disini jangan lupa untuk shopping di free trade zone tu.... (psssttt.... kak rose ada tengok coningware 10pcs ada offer for 399.00 jer...kat Langkawi pun 499.00 tau - tp untuk bunga pastel bouquet, salad garden n lily ville jer)

pinggan hubby.... 1/2 keping gulai ikan, ayam goreng dan ulam timun... sambal x de, dah abes....

ni kak rose nyer..... nasik, ikan gulai yg sangat pedas dan sotong goreng kunyit.

the drinks.... teh o n teh o ais.

dengan kepedasan yang amat sangat, x terabes la kak rose makan. minum air je yg lebih sbb x tahan pedas sampaikan belasah abang punya air jugak. tp cik abang makan selamba jer sbb dia x kisah dengan pedas tu.... and the bill for the 2 of us makan lunch aka tea time tu ialah 25 hengget! mahal ker?

22 comments:

faa rosli sulaiman said...

sedappp....!!

missalongwani said...

huh...2 org RM25???giler mahal kak....bg along rr kak....huhuhuh

Juana said...

K.Rose,
mahal tu. kalau kat sini rasanya tak sampai RM15 kot.

FairyLilly said...

Salam Ziarah,
Cekik darah. Suppose less than RM15. Kalau sedap takpe jugak. Teruk betul ambik untung gitu

.:mama dhia:. said...

so melampau teh price la kak..x masuk akal langsung..

ain (sweet thots) said...

salam k.rose .. huhu... ain rasa bersalah la pulakk.. lupa nk habaq, kedai ni mmg mahal sket.. ada 2 tukang kira, sorang tu mmg mahal sket (ikut kata abg ipar la) gulai ikan tu, ikan merah kan .. Yg baru ni kami mkn, 4 pinggan nasi, 1 kepala ikan, 1 ekor ... 4 ketul ayam n 3 teh beng, 1 air suam >> rm55. tang pedas tu x konsisten sket .. tp utk tekak ain x kisah sgt sbb saya mmg suka yg pedas. Hubby n ipar pulak x tahan sgt pedas tp gulai kedai ni depa boleh terima tahap pedas tu. & masih suka nak mkn kat sini. Sorry kak, kalau x memenuhi selera akak.

Kak Rose said...

faa, sedap bagi orang yg tahan pedas la. kak rose hu hu hu... sampai nanes kuor air mata x tahan!!!

Kak Rose said...

along, x tau la mungkin mmg harga dia kot? tp cam x kena je kan...

Kak Rose said...

Juana, tu la kita x tahu sbb dia x letak tanda harga.. mungkinkah dia tengok kita orang luar terus kena paw!

Kak Rose said...

FairyLilly, mmg sedap bagi yg tahan pedas!

Kak Rose said...

mama dhia, kalau x try x tau kan...

Kak Rose said...

ain, kalau x makan x tau kan, so kita cuba.... mmg kak rose rasa mahal la sbb ikan gulai tu pun x de yg sekeping gitu... semua dah hancur tinggal separuh2 je mcm gambar tu... entahlah. cuma sikit x puas ati la kan...pd kak rose mmg pedas tahap gaban!

len kali kita suggest letak tanda harga nak?

Sari Yusa Ibrahim said...

mak aihhh! Mahalnya... psl cili mahal kot... hehehe

Ayuni.Bitter said...

mahal tu kak rose.. normally nasik campur xsmpai 5-7 ringgit sepinggan kot..
sekepala dia charge smpai lbih 10 hengget tuu..

adoi.. tp klu sedap sesetengah org mmg xkesah..

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

kak rose ,tu bukan beniaga tapi cekik darah.Kite pun ore klate rasanya tak pernah jupa 2 pinggan nasi berlauk dgn teh o beng sapai 25 riyal.kes menipu doh tu...tak kesah la sedap ke tak memang cekik darah

Kak Rose said...

sari, santan jugak mahal!

Kak Rose said...

Ayuni, x taulah cemana dia kira... sbb x de harga kan. bayo je pas tu tertanya2 sendiri macam x caya!

Kak Rose said...

Ros, mmg nak terkena agaknya...

Eyriqazz said...

Hii, boleh emailkan kembali ur e-mail address/blog name coz terdelete email tu lepas hantar ur details to haven restaurant..Ini jawapan balas dari Haven Restaurant :

I have all the vouchers ready and will be sending to them by this week. And also would appreciate if you could send me their e-mail address as well.

Kak Rose said...

Eyriqazz, done n tq

Sofya said...

mahal la kak rose... may be nampak cam orang luar kot

Kak Rose said...

Sofya, entah le... ke bila sampai situ nak kena tuko no plet keta jd D... tp hubby dah kecek kelate pun dengan derang tu...