Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 21, 2011

Brokoli bawang puteh

salam dan selamat tengahari semua.... dah lunch ker? kalau belum masak meh kak rose cadangkan buat sayur brokoli bawang putih ni.... sedap sangat , tp kena makan masa tu jugak lepas masak, makan panas2 lah. wah! laju jer masuk molot dengan nasik panas2.... camner lah kak rose nak kurangkan kolesterol nih.... appoinment ngan doc. pun x g lagi! bila la nak dapat check cholesterol level ni agaknya?.... haishhhh....

resepi ni kak rose copy dari blog Resepi Raidah.... terima kasih ya sbb share resepi yg simple yet sedap nih. dan kak rose nak mintak izin nak tepek kat sini.... senang untuk rujukan lain kali kalau nak wat lagi...

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.
krup krap rangup bawang putih tu juga brokolinya.... sedap makan panas2! tp awas jangan salahkan kak rose kalau ada yg melecur lidah dek kepanasan sayur ni... sendiri mau ingatla kan!

8 comments:

Mas said...

mas dah try resepi ni...
sedapp kan kak...
klu beli brokoli mesti mas masak resepi ni....

Anie said...

Salam KaK Rose,

Smalam I pun goreng sayur mcm ni tapi guna bunga kobis. Mmg cepat dimasak dan sedap di mkn :D hehehez

Ayu Safieza said...

brocoli....Ayu pun suke ni kak.....ergh....lambat lagi berbuka pose nih....

Kak Rose said...

Mas, mmg sedap dengan bawang putih goreng tu... slama ni wat ngan sos tiram jer!

Kak Rose said...

Anie, len kali nak try ngan bunga kubis pulak la...

Kak Rose said...

Ayu, selamat berbuka puasa... rajinnya berpuasa!

Adzriel AB said...

tengok semua entry, sedap2 belaka.. godaan betul

Kak Rose said...

Adzriel, kalau rajin leh cuba nnti...