Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, February 6, 2011

Beef lasagna

ni entry dah ketinggaan hari.... sebenarnya buat ari tu sebelum balik ke JB lagi tapi x sempat nak buat entry, so gasak je la kan bila2 nak postkan kat sini.... sendiri punya blog, suka suki je nak buat entry kan? .... tp x pe kan, kita dah buat nak jugak tepek kat sini.... dah 2 kali buat tp masih x dapat buat macam orang lain buat.... cantik gitu! ropa x jadi masaalah kan....( nak sedapkan ati sendirik la tu) resepinya kak rose amik kat rumah hana juga pernah buat dulu kat sini....tp sekali lagi kak rose tepek.....

Bahan-bahan
  • 8-10 keping kulit lasagna
  • 300g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar holland - cincang
  • 2 ulas bwg putih - cincang
  • 1 tin sos spaghetti original (kak rose x de)
  • 3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
  • 1/2 biji carrot - potong dadu (optional)
  • 3 biji cendawan butang - hiris nipis
  • 1 sk oregano
  • Air
  • minyak zaitun
  • garam, gula secukup rasa
  • keju mozarella secukupnyer
UNTUK SOS PUTIH
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju pilihan
  • 3 sudu besar butter
  • lada hitam, garam
Cara-cara
  • Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
  • Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
  • Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
  • Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.

udah abeh ya....

17 comments:

Ayu Safieza said...

Kak Rose.....minta cket...nak wat ni jugak2....:)

Kak Rose said...

ayu, buat jangan x buat..

giha lalala said...

wahhh best nye kak!
nyum nyum nyum!

cik cek said...

Emmm...sedapnya kak rose....belum pernah try buat lasagna sendiri....yummmy....

eni osman said...

salam kak rose....sedapnya nmpk lasagna tu...nanti boleh try...saya dah cuba mcm mcm resepi kak rose...semua menjadi dan sedap sedap pula...thank's a lot.....

hana said...

huwaaaaa da abehhhh... kak.rosee g buatkan lagik! lalalalalaa.. ekekeke

Mas said...

kak ros..nak juga...
sedap nampak tu...

Kak Rose said...

giha lalala... boleh cuba nanti ya...

cik cek, sesekali buat sendiri puas makan.

eni osman, resepi tu pun kak rose amik dari sifu masak2 nih... tima kasih jugak pd mereka .

nduk hana, nnti leh buat lagik, ke bli jer! hihihi..

Mas, sesekali masak yg len sikit, ok gak...

izahdaut said...

kak rose..miss u!!!nak lagsana jugak..feberet nihhh

Kak Rose said...

izah, udah jgn majuk2 g buat sendirik lasagna tuh!

harleena said...

beef lasagna ni mmg faveret anak2. Kat Malaysia dulu selalu buat, kat sini blm lagi. Tunggu masuk rumah dulu barulah nak buat.

Kak Rose said...

harleena, kay sana mesti cheese murah2 kan.. leh letak cheese banyak2. sedap!

juanaazahari said...

salam K.Rose,
nampak tempting betul lah lasagna yg K.Rose masak ni. saya dah lama x buat, ntah2 skill dah hilang :)

aidah said...

Anak sy yg kecik tu dah lama dok mengidam lasagna. sy nak beli kat pizza dia taknak dia suruh sy buat. kalau dia nampak ni mesti dia suruh sy buat jugak. Tentang tiket bas tu dulu sy pun pernah kena di Puduraya, konon2 nak cepat tapi kesudahan nya berjam2 sy tunggu. Dah puas bergaduh dapat balik duit, lepas tu beli tiket bas lain. Masa bertolak tu tengok bas yg awal tadi masih belum bergerak pun lagi

Kak Rose said...

juana, buat ni pun asik tengok resepi berkali2... to make sure x de yg ketinggalan! maklumlah amatur sangat!

Kak Rose said...

aidah, buat sendiri puas ati sangat walaupun renyah sikit...kat pizza tu isi dia sikit sangat... sos putih je lebih!

jadikan peringatan je la... len kali x kan amik tiket bas tu lagi!

Ayu Safieza said...

haaaaa kan dah kata....Ayu dah awat dah....minta ijin cope yer kak rose...