Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, February 6, 2011

Ticket without the bus!

ada tiket tp x de bas? hah pelik ker?.... ini lah yang terjadi pada busu hari ini.... pukul 12 tengahari kami dah terpacak tengah panas menunggu di stesen sek 17, tengok punyalah ramai orang yg berada didepan kaunter yang sama. rupanya mereka pun menunggu bas yang x kunjung tiba dan kaunter pula hanya di manage oleh seorang budak kecik dalam lingkungan umur 10 tahun! bila kak rose tanya bas yg sepatutnya bertolak jam 12.30 dia hanya jawap x tau, orang jaga kaunter dah keluar, x de dalam... makinlah geram dibuatnya! so tunggu lagi... menjelang pukul 1.00pm dia kata bas lewat sikit akan sampai pada pukul 1 lebih... ok tunggu lagi. sampai kul 2 pulak, masih dalam perjalanan..... huh?

tapi bila kenangkan yg penumpang sepatutnya bertolak pada jam 9.30 pagi pun masih menunggu bas yg x nampak bayang, korang semua boleh bayangkan apa akan jadi pd bas yang sepatutnya bertolak pada 12.30 ni.... so.... at last bas yg 9.30pagi sampai pd jam 1.00 tp sbb ramai yg dah fed-up menunggu dan asked for refund jadi bila bas sampai banyak tempat yg dah kosong.... maka menjerit2 lah orang kaunter tu cari penumpang.... sementara nak penuhkan penumpang, pegawai JPJ pulak datang buat inspection pd bas.... tayar pulak dah botak dan nampak urat2 besi.... kena saman lak dan x leh jalan sehingga ditukar tayar yg baru. tunggu lagi!!!! so sampai kak rose balik pd jam 3.00pm bas yg 9.30 td belum tukar tayar dan x taulah boleh jalan ke tidak!

so balik pd busu punya citer, x dapatlah balik ke kolej hari ni... terpaksa ponteng kelas esok. yalah sepatutnya bertolak pd jam 12.30 tp tunggu sampai 3pm pun masih x nampak bayang bas. mintak refund dan cari bas lain.... so akan bertolak pada esok pagi jam 10.30 pg. harap yg ni x de masaalah lagi lah! kalau naik bas lewat sangat dan sampai di AS dah lewat malam akan ada kepayahan nak cari transport untuk ke kolej. maklumlah kolej jauh dari pekan dan transport mejadi satu kepayahan disitu..... harap pihak kolej akan faham dengan kepayahan transport masa musim cuti ni.

so kepada pengusaha bas perjalanan jarak jauh ni, sila lah pastikan bas ada dengan keadaan yg sempurna untuk perjalanan yg dicetak dalam tiket tu.... banyak kali dah berulang kejadian yg sama seperti ini tp macam x belajar from the lesson... nak untung lebih tp yg dapat rugi jer!

4 comments:

Nadz Nazharzan said...

Salam kak Rose..
Busu anak akak yg bongsu ker?
Dapat bayangkan kegeraman akak ttg bas ke AS tu..
Sobor kak eh..sabor.. Kalau Naz pun, mau membebel-bebel mulut nie kegeraman...

Unknown said...

Assalam kak Rose..kesiannya kat anak ak tu biasa kalau musim raya diorang sukalah ambik kesempatan mcm tu..saya dulu masa study kat melaka mcm2 dh pernah jadi sejak dok ulang alik dr melaka ke penang.kekadang rasa serik nk naik bus.tapi apakan daya itu yg ada dn mudahkan.apapun didoakan semoga anak akak selamat sampai la nanti:)

Kak Rose said...

Naz, the only. mmg geram sangat, nak g anto x de cuti lak!

Kak Rose said...

Nieza, sbb kolej matrik tu jauh dipendalaman, jd kalau sampai lewat malam mg x de teksi nak antar g sana. kesian anak2 kan...anyway tq ya.