Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 11, 2010

Puding jagung

mari semua kita minum petang dengan puding jagung yang simple ni..... wat tengahari tadi lepas masak.... masuk dalam fridge dan petang ni.... nyam nyam... sejuk je..... resepi yang simple dan senang sangat nak buat.... tu yang rajin nak cuba tu.... alhamdullilah menjadi.... dapatlah bagi kat jiran sikit....resepi oleh iezamel78 dari MyResipi ... terimakasih kongsi resepi ni dan kak rose tak izin nak tepek kat sini ya.....

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan pati santan
  • 3 cawan air
  • 3 - 4 senduk kecil gula (kurang atau tambah mengikut kemanisan masing2)
  • 1 tin jagung manis

Cara-cara

  1. satukan kesemua bahan. kacau sebati supaya tepung tidak berketul-ketul.
  2. masukkan ke dalam periuk, masak di atas api sederhana. kacau sentiasa hingga adunan likat dan berkilat.
  3. tuang adunan yang masih panas ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika. simpan di dalam peti sejuk.

jemput semua.....

4 comments:

ain said...

betul lah kak, ptg2 dpt mkn puding jagung yg sejuk..memang sedapppp!!! dah le cuaca now ni pns menyengat!!!

Kak Rose said...

ya la ain, memang best makan sejuk2... siang hari panas sungguh tapi tiap petang hujan... bahang nya sampai ke malam....

♥LOVE2COOK♥ said...

I love puddings...puding jagung pun I like! hehehe...

Can I have some, kak! ;)

Kak Rose said...

Love, boleh je, mai la ada lagi tu....