Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 28, 2011

Puding roti dan epal

Asalamualaikum dan selamat bercuti tahun baru Maal Hijrah kepada yg masih bercuti. kak rose jugak dah beberapa hari bercuti dari masak2 disebabkan kurang sihat, jadi semua asik tapau atau makan kat luar jer... bila dah rasa beransur2 pulih ni nak la jugak menyambung mengasapkan dapur kak rose ni, walaupun lunch tadi masih g beli jugak. cuma pelan2 kak rose buat puding ni untuk minum petang nnti...

walaupun bahan x berapa lengkap tp kak rose gantikan dengan apa yg ada kat dapur jer, kacang yg ada cuma gajus jd kak rose gantikan dengan buah kurma yg masih banyak stoknya dan sikit potongan ceri merah n hijau untuk kaler... kalau tengok resepi asal dari dapur Ros SinaranMenu tu mmg mengancam dengan kacang pecannya.... maaf ya Ros, kak rose ni suker derhakakann resepi asalnya! apa pun mekasih dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak ya...

Bahan-bahannya
* 4 keping roti
* 4 biji telur
* 3/4 cawan susu segar
* 1/2 cawan gula perang(boleh kurangkan sikit jika tak suka manis) (kak rose buh 2 sudu besar jer sbb kurma dah manis!)
* 2 biji epal hijau dipotong dadu
* 50 gram kacang pecan/walnut dicincang kasar (kak rose x de, gantikan ngan kurma)
* secubit garam
* sedikit butter
* serbuk kayu manis

Cara-caranya
1- Pukul telur bersama susu,gula garam dan vanilla hingga gula hancur dan ketepikan.
2- Sapu butter pada ramekins hingga rata.Letakkan sekeping roti didalamnya
3- Tabur potongan apel dan pecan/walnut keatas roti tadi dan curahkan separuh dari campuran telur (pastikan bancuhan telur dikacau sebelum dicurahkan keatas roti).
4- Letakkan sekeping lagi roti menutupi lapisan pertama dan taburkan potongan epal dan pecan bagi lapisan kedua.Curahkan bahan sos sehingga hampir penuh.Taburkan serbuk kayu manis keatasnya.
5- Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar puding selama lebih kurang 45 minit.(Boleh gunakan foil untuk menutup permukaan puding seteah separuh masa memasak jika takut pecan/walnut hangus.)
6- Gunakan lidi penyucuk untuk menyucuk bahagian tengah puding bagi memastikan puding masak sepenuhnya.
7- Biarkan puding sejuk sebentar.Puding boleh dipotong setelah agak suam bagi memastikan air dari epal tidak meleleh keluar.
Nota:Pudding ini juga boleh dikeluarkan secara sebiji dari acuannya setelah betul-betul sejuk .

jom jemput semua nikmati kesedapan puding roti epal bersama secawan nescafe panas2....

12 comments:

Chah said...

Wahh kak baik dr kurang sehat terus tampil bergaya dgn menu syidap tu...

Anonymous said...

Salam Kak Rose, syukran .. sudah sembuh-sehat dengan hidangan manisan pudding yang yummy berpinggan corakan bunga-bungaan rose yang cantik-menawan dari Kak Rose yang budiman.

Salam manis manis madu.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Rose derhaka mengalahkan hang jebat ya.Kita nak ketawa sebab mula2 ros yengok pimgan tu sama macam yang kat dapur ni.Lepas tu baru terbaca yg resepinya juga dari dapur ni.Ros ketaw sorang2 dan hubby tengok kehairanan.Hahaha...

Kak Rose said...

Chah, pelan2 buat.... yg senang2 jer sbb ak makan kan?

Kak Rose said...

Ratna, kena gagahkan diri jugak... kalau boleh nak je rehat lama2, tp kan asik bli je jemu jugak kan...

Rat, bila nak memulakan semula yg dah terhenti tu?... rindu dengan entry2 yg vogue tu!

Kak Rose said...

Ros, Jebat pun jebatla... asalkan puding yg sedap ni menjadi kan...

cnp bukan setakat resepi je, tp pinggan sekali... he he he... bila nampak ros nyer pinggan baru tingat yg kak rose pun ada koleksi lurminac ni.... hasil duk Langkawi selama 4 tahun, banyak pinggan yg masih dok dalam kotak di store!

azieazah said...

Alahai Kak ROSE...! Teringin dan terujanya tengok puding tuh.

Jamu mata saja lah nampaknya.

kasihredha said...

bila nak jemput saya mkn2? :-))

tun_telani said...

kak rose, alhamdulillah dh makin sihat ye.. tun pun x berapa sihat ni, sbb terkena hujan kot.
menarik puding roti tu bila letak mcm2 kat atas.

Kak Rose said...

Azie, ada belen2 roti tu boleh la buat....

Kak Rose said...

kasih, jemput makan kat skrin ok x? he he he

Kak Rose said...

tun, syukurlah... tp ubat masih kena makan jugak... takut berulang!