Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 5, 2011

Nasi ayam ipoh di shah alam

salam dan selamat berhujung minggu semuanya.... ramai yg mengambil peluang balik kampung sempena hari raya korban... kebetulan pulak cuti panjanglah kiranya.... tadi semasa anak balik dari Melaka pun katanya highway keselatan sangat lah sesak... ya la masing2 mengambil kesempatan untuk berhari raya dikampung.... buat kak rose x dapat balik wpun emak membuat korban dikampung... semuga ibadah korban emak dan bapak dikampung dipermudahkan...

cuaca mendung sepanjang hari ni membuat perut pun sentiasa bernyanyi2.... dan kak rose dengan rajinnya buat nasi ayam ipoh ni... sllu tu buat nasi ayam butter, so try yg ni pulak...
kak rose cnp resepinya dari blog yg sangat vogue itew.... ita masam manis, tp kak rose x buatlah nasi pelangi tu.... mekasih ya ita dan kak rose sharekan kat sini lak resepi nasi sedap nih! walaupun resepinya nampak panjang berjela, tapi sekejap je penyediaannya.

Nasi Ayam

4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
Sedikit warna, merah, hijau, dan oren

Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasik
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.
Bila nasi hampir masak buatkan beberapa lubang dan letakkan setiap warna dalam lubang -lubang itu.
Tutup periuk.
Bila nasi dah kering gaul rata.

Sup Ayam

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.

Ayam Bakar atau Goreng

1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

untuk sos cili ni kak rose amik dari resepi nasi ayam butter yg pada kak rose sangat serasi dengan tekak kami...

UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri (kak rose guna cherry tomato)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (kak rose x masak pun.... gaul sebati semuanya... dah siap!)

Cili Kicap

5 biji cili burung (kak rose buh 2 biji je cili api.... x tahan pedas!)
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan (kak rose omit this one)
Ita tambahkan sedikit planta untuk mengilatkan cili

Cara penyediaan kicap
Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.


6 comments:

kasihredha said...

sedapnya
kebetulan hari ni
saya pun mkn nasi ayam
tapi beli je :)

KuNanGKuNanG said...

sedapnye kak,xcukup 1 pinggan ni..hehe

Kak Rose said...

kasih, beli pun sedap gak...

Kak Rose said...

kunangkunang, tu la bestnya masak sendiri... boleh bertambah2 makan!

Anonymous said...

Salam Kak Rose, yummy-nya .. bagi Ratna masa yang diambil buat penyediaan nasi ayam Ipoh mali ini begitu lah lama sekali! Gimana pun dapat tengok empunya Kak Rose Ratna terus berselera ...

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

Ratna, sebenarnya x lah lama mana... cuma sedikit renyah. tp hasilnya sungguh la yummy sekali!