Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 17, 2012

Kek gula hangus

ni kes x leh nampak tayangan amal dengan resepi yang sedap2.... jahat sungguh mata yang nengok dan molot yang sentiasa nak makan nih! eh, salahkan mata n molot lak kan..... apalagi kita layankan kehendak tu.... sebenarnya semalam nampak kuih ni kat rumah Mas Duniaku tu.... sungguh menggoda jiwa dan raga kak rose, so kita pun merajinkan diri kedapur dan godek2 resepi ni..... harap2 jadi dengan elok la.... tp memula je gula dah terhangus.... hitam kelam jadinya kek ni.... buat peringatan sendirik ----> len kali kalau wat gula hangus tu kena guna api kecik jer! alahai!

meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari rumah Mas ni ya.... terima kasih Mas dan Anim yang mula sharekan resepi ni.... dan ramai juga yg telah mencuba. mekasih semua promotkan kesedapan kek ni.

Kek Gula Hangus
Resepi : Kak Anna - kawan Kak Anim
Sumber : Kak Anim, Izahdaut dan Anna

* Mas pun mcm Izah gunakan sukatan cawan mcm kak Anim

Bahan :
1 gelas gula
1 gelas air

*1 gelas gula di jadikan gula hangus dan masukkan
1 gelas air. Hati2 dengan gula yang panas waktu masukkan air.

3/4 tin susu pekat-boleh kurangkan ke 1/2 tin
1 gelas tepung
5 biji telur
4 sudu makan margerin * Mas pun mcm Izah guna butter
2 sudu kecil soda bikarbona

Cara membuatnya :
Alas acuan dengan kertas.
Lenser acuan dengan margerin - ketepikan.
Pukul margerin dengan telur hingga sebati. Pukul manja2 jerk, tak payah sampai kembang.
Masukkan susu pekat manis dan masukkan juga gula hangus tadi.
Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat
Kacau sebati.
Tuang dalam loyang yang dilenserkan marjerin tadi.
Bakar pada suhu 170 selama lebih kurang 1 jam

close-up sket kek gula hangus yg mmg hangus.... tp mmg sedap!

13 comments:

Chah said...

kek ni memang nostalgia, sbb antara kek yg saya mula2 reti buat selain kek butter ngan kek oren..hehehe..tp sukatan saya lagi lama..guna tin susu...huhuhu

izahdaut said...

eh mcm gambar si mas jugak ada hari pegang kek. hehehe.. cantik je kaler kek tu. walau hangus gula tu, tapi kat kek tak rasa pahit kot kan kak?

tun_telani said...

lawa betul kaler kek nih.. asal x ganggu rasa ok la kan.. sarang pun elok je besar lubang2 dia tu..

Kak Rose said...

Chah, kak rose guna cawan... sbb gelas tu takut x sama saiz kan... nasib baik menjadi wpun gula terhangit!

Kak Rose said...

Izah, gamba sama cam sifu punya la.... tp sila abaikan je la jari kak rose yg montoks2 tu! he he

Kak Rose said...

tun, black is beauty kan ---> nak sedapkan ati sendiri je. nasib baik x pahit!

suri solehah said...

eh bukan ke macam tu rupa kek tu ye kak..cantik jd sarangnya tu..suri kdg buat jadi separuh sje sarangnya..nape ye

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Rose..
Jadi sarang kek akak ni... Sedapnya.. Suka kek ni..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.rose,cantiknya kek ni bersarang2.mmg sedapkan..

Kak Rose said...

suri, rupa x penting, janji sedap! tp kalau menjadi tu dah satu bonus kan!

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Naz, tengok kejadian tu puas ati gak, tp terpakai loyang yg lebo lak... rendah le je jadi kek ni!

Kak Rose said...

Atie, alhamdullilah menjadi... wpun x tinggi tp nampak sarang tu kan....

Yatie said...

kira cantiklah kek gula hangus K.Rose tu, bersarang dan warna gelap tu yg cantik...lama tak buat kek ni..