Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, March 24, 2012

SDMC lagi......

Salam hujung minggu semuanya.... tapi hujung minggu yg x berapa nak dapat rehat buat kak rose.... hari khamis petang tu anak call katanya lutut tercedera semasa bermain bola sejak hari isnin lagi dan dah g doktor tp masih sakit dan x leh nak lipat habis.... sangat sakit bila duduk masa semayang. so semalam bawak g klinik kat Subang tp dia terus refer ke specialist di SDMC....dan hari ni sepagi kami berkampung kat sdmc. hari sabtu mmg ramai sangat pesakit luar yg nak jumpa specialist ni.... patient ke 4 pun kena tunggu sampai dekat kul 11 pagi....

seawal 8.30 pagi dah buat pendaftaran, tp klinik akan buka pada jam 9.30 pagi.... tp bila dah puas menunggu, nurse di kaunter tu bagi tau doktor akan hanya sampai pada jam 10. so kena tunggu lagi..

masa ni dah masuk kat bilik menunggu, bersedia untuk diperiksa... menjerit kesakitan bila doktor lipat kaki tu.... lepas pemeriksaan doktor suggest to buat MRI scan pulak.... dan appoinment untuk MRI scan tu hanya dapat slot pada hari Jumaat depan. for time being kena la tahan sakit.... wpun hanya sakit semasa nak lipat kaki tu , otherwise ok je. tp risau la jugak sbb nak balik ke U esok.... x leh la nak ponteng sbb next week ada test!

and sbb rekod yg di SDMC tu dah lama sangat, so nurse tu soh g amik darah pulak kat 5th floor ni... untuk update rekod.

Blood bank pun ada kat sini....

nurse yg sangat junior... berkali2 cucuk, beralih tangan kanan dan kiri, berikat bagai.... masih x dapat nak amik darah.... at last dia punya senior datang tolong, cucuk kali ke 4 baru la dapat amik darah tu.... mamanya intai dari luar, nampak nurse tu sangat takut2 nak cucuk..... hishhhh!

dah selesai kat sepital g subang parade lak.... isi perut dengan mekdonal jer.....

dan dapat jugak akhirnya pengganti tudung vision kak rose yg dipecahkan oleh hantu kak limah ni... kebetulan hari ni ada stok kat Parkson tu, teruslah amik satu....dekat setahun jugak asik dok cari x dapat2... tepon kawan yg kat Langkawi tu pun kata x de jual.... so tamatlah kisah pinjam tudung dari set yg satu lagi...

pandai ke nnti kak rose nak guna yg skrin touch ni? maklumlah keras tangan dan jari2 jugak... sungguh ketinggalan ketapi kan.... tp pada kak rose suka lagi yg sangat basic.... apa guna ada yg canggih2 tp x reti nak guna sbb malas membaca n explore sesuatu yg baru!

1 comment:

AdaM Hawa said...

moga cepat sembuh ya..

samsung galaxy y.. bestnya.. nak beli x de bajet.. hehehe