Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, March 7, 2012

Cucur bom manis

buat lagi cucur bom manis ni.... simple n sedap dimakan bersama secawan nescafe o panas dipetang yang mendung ni...rangup diluar dan lembut jer didalamnya.... seakan roti goreng pun ada.... yg pasti cucur yg sedap buat penggemar cucur aka cekodok macam kak rose ni..... meh tengok resepinya....yang kak rose cnp dari rumah izah, mekasih semua yg sudi sharekan resepi cucur bom manis ni...

Bahan :
1 sdt yis
1 cawan tepung gandum
2 sdb gula
3 sdb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Campurkan yis, gula, susu & sedikit air.L arutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng.
Panaskan minyak masak.
Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
*Izah tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng.
Hidangkan.

*izah buat double adunan, tapi yis izah letak cume 1 1/2 sk dan air lebih kurang 250ml (50ml bancuh yis+200 bancuh tepung semua).

3 comments:

izahdaut said...

tadi pun saya mencucur jugak. cucur labu ber yis.. sedap nyerrr.. tak cukup pulak berebut makan ngan anak2. hehehe... cucur ni pun kegemaran family saya.

Kak Rose said...

izah, mmg sedap kan... kak rose pun berebut jugak ngan hubby yg baru balik keja... he he he

Eyna bowl said...

Sdb 2 apa