Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, March 28, 2012

Basic dough

tu dia.... orang buat roti kak rose pun nak gak..... tp cuma guna tulang empat kerat untuk menguli doh, sampai lenguh2 tangan. nasib baik x kuor muscle yg beso keras2 tu.... dan nasib yang sangat baik jugak sbb roti ni turn out nicely.... x sesia lenguh2 tangan tu... semalam tengok roti ni kat rumah hana yg dah rajin mengupdate tu, tapi resepi ni kak rose cnp dari rumah izah dengan cara guna tangan.. mekasih semua...


Bahan A
500g tepung roti *izah guna tepung gandum
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional -izah letak
1 sk bread improver- optional - izah letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur


Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

18 comments:

izahdaut said...

Kadang saya suke gak uli tngan. Lembutt jugak hasilnya kan.. Cantik jek roti kak rose tu . Puas hati kan buat sndiri :-)

zila 4ever said...

salam kak ros
tadi kedapur izah ada roti.kt sini pun ada jgk..cantik nya roti tue kak..naik elok jew wlupn uli tgn..:)

Chah said...

Sugar bun gigit jari nengok roti akak ni... Mmg x sedar setgh loyang dh kena ngap....

Qasey Honey said...

hari2 tgk org mroti aje la...nk uli guna tgn mcm xlarat la pulak...gebu sgt tu Kak Rose...suka tgk kejadiannya...

ummiaisyah said...

cantik roti kak Rose!

Mas said...

rajinnya akak meroti..
manual lak tu..
nie yang buat mas pun nak meroti...
sana sini roti..
tergoda mas nengoknya...
basic dough nie memang terbaik..
lembut gebu jerk roti akak tu..
cantikk..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Ada lagi ke loti tu...nak buat cicah kopi!!!!

Kak Rose said...

Izah, tangan je yg ada.... bmw x mampu nak bli! tp alhamdulilah, elok jadinya.

Kak Rose said...

zila, uli sampai kuor muscle kat lengan taw!

Kak Rose said...

Chah, tu la dua orang ngadap.... tinggal 2 ketul untuk sarapan esok pg!

Kak Rose said...

Qasey, nak tunggu bm x sampai2... so guna la apa yg ada kan... nasib baik je x jadi lengan popye!

Kak Rose said...

ummiaisyah, ada kala x nak naik pun ada.... masa tu terus pk x nak buat lagi dah!

Watierman said...

Assalam Kak Rose...hehehe...dah timbul muscle ke???Wati pun dah lama tak menguli...rasa tergoda pulak...nantilah bila Watie gi ambik anak bujang kat Perak esok...harap-harap dah ada orang nak makan nanti...sekarang ni rumah kurang penghuni...tak ada yang nak makan tu jadi malas nak masak!

Kak Rose said...

Mas, ada cik bm senang keja kan... hari2 pun boleh meroti.

Kak Rose said...

Ros, cicah kopi/nescafe mmg heaven la... puas ati buat sendiri!

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Watie,
tu dia! sekali meroti terus timbul muscle!
kak rose pun jarang nak masak beria... x de sapa nak makan, harapkan hujung minggu je la... tu pun kalau x g tapau jer!

hana said...

kak.rose.... nak dtg ngendeng nih... seketul jd la... sbb kiter punyer dah abes! hihi.... best kan kak kan kan.. lg best uli tgn! cume klu kita dah tak larat dah... hihihi (mcm dah tua sgt! kikiki)

Kak Rose said...

hana, terlambat suda nak mengendeng pun.... wes ilek dah!