Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, March 3, 2012

Mee hoon goreng kunyit

mee hoon goreng kunyit untuk dinner petang semalam.... banyak bahan yg kena omit disebabkan sangatlah allergic to seafood... so no udang, sotong dan yang sewaktu dengannya.... yang boleh cuamlah ayam. jadi dalam mee ni kak rose cuma taruk isi ayam yg kak rose potong halus panjang dan segala sayur mayur.... resepi dari ika yg kak rose penah buat dulu..... sekali lagi kak rose kongsikan kat sini ya..

Bahan2
(kak rose buat 1/2 bungkus jer dengan bahan apa yang ada dalam fridge)


1 bungkus bihun (400g) - direndam dlm air biasa hingga lembut/semalaman -toskan
  • 1 keping dada ayam - dipotong kiub kecil (boleh gantikan dengan apa2 rencah yang disukai-spt sotong/ udang) - (kak rose guna ayam je)
  • 2 bungkus fishball/ 4 keping fish cake - dihiris tebal (letak tauhu)
  • 2 biji telur (x letak)
  • 1/4 biji kobis - dihiris halus(sayuran boleh ganti dengan taugeh/sawi/carrot sagat)
  • 1 ketul brokoli -potong floret ( x de)
  • 2-3 biji cili hijau -dihiris (optional)
  • 6 ulas bwg merah - hiris
  • 3 ulas bwg putih - hiris/ketuk
  • 1 s/ kunyit serbuk
  • 1/2 kiub pati ayam (boleh gantidengan udang kering tumbuk)
  • garam & perasa
  • minyak utk menumis
  • 1 s/k lada sulah (jika suka)
  • 2 cawan air

Panaskan minyak masak lalu tumiskan bwg putih & bawang merah hingga wangi.
Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna.
Masukkan fishball/fishcake.Kacau2 lagi hingga ayam masak.
Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak.

Kacau sikit telur biar jadi agak hancur(scramble) & berketul2.
Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
Masukkan semua sayuran & air sebentar.
Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak.(Sambil dikacau boleh potong bihun yang panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau.

PERINGATAN:-Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.)

4 comments:

Mas said...

lama dah mas tak buat bihun goreng kunyit...
sedappnya tengok kak..

kakna said...

salam..
kakna tak pernah cuba lagi.

Unknown said...

Zana paling suka mihun goreng tp warna kuning mcm ni belum prnah buat.....
Ni tak guna cili kering kan?

Cik Mentega said...

wahh..teliuq kite! kak...bihun putih tu ade resepi x...

scra rasmi dah jd follower akak...:)
http://matahatycikmentega.blogspot.com