Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, March 14, 2012

Asam pedas daging

salam semua.... lunch dengan apa agaknya hari ni.... cuaca yang mendung sepanjang hari membuatkan perut berkeroncong saja minta diisi.... rasanya dah lama jugak kak rose x masak2.... maklumlah bila duk sorang mmg x rajinla nak masak kan, makan je apa yg ada dan senang disediakan.... kes sangat malas la tu.... tp bila dah beberapa hari x makan nasi sejak g kenduri ari tu, hari ni tingin nak makan nasik lak... dan semalam kebetulan nampak masak asam daging ni kat rumah Fiza terus lah membuatnya.... orang johor la katakan.... mmg pebretla masak asam ni.... x kira la apapun isinya.... ttp suker. Fiza kak rose mintak izin nak cnp resepinya dan tepek kat sini ya.... terima kasih jugak buat k jee tg sharekan resepi ni..... tp kak rose x la buat sampai sekilo daging, jd kena pandai2 ejas bahan2 tu.... tp ttp sedap. boleh hirup kuah lagi....

BAHAN2

1kg daging (Kjee guna batang pinang, kite guna daging biasa je jadi kena rebus dulu sampai daging empuk) (kak rose guna daging biasa... rebus sekejap guna pressure cooker)

3 labu bawang besar (sederhana besar)

*2 ulas bawang putih

*1 inci halia

*1 sudu kecik serbuk kunyit

*2 inci belacan (kak rose x letak)

*secekak daun kesom

1 mangkuk cili kering kisar (nak pedas tambah lagi. Kjee guna mangkuk tauhu faa)

1 cawan air asam jawa

CARA:

Daging dipotong ikut sukan dan rebus sampai lembut. Kalau guna daging batang pinang tak payah rebus. Potong, cuci dan tos hingga kering. Panaskan periuk. Bubuh minyak kira2 ½ cawan, kemudian tumis semua bahan bertanda * yang telah ditumbuk halus.Apabila sudah naik wangi, masukkan cili kisar dan goreng sampai terbit minyak guna api sederhana. Kemudian masukkan daging (kalau direbus, masukkan airnya sekali) dan masaklah perlahan2.Apabila daging batang pinang sudah kecut, masukkan air asam jawa dan juga tambah lagi air mengikut kepekatan yang kita mahu. Masukkan daun kesom dan/atau daun limau purut.. Bubuh garam dan aji (kalau guna). Kalau tidak, bubuh sedikit gula.

Selalunya, selepas semua bahan sudah masuk ke dalam periuk, Kjee perlahan api ke tahap sederhana dan biar asam pedas ini reneh sehingga Kjee puas hati dengan kepekatannya. Ada orang suka cair tapi Kjee suka kalau sedang2. Kite nakkan berkuah jadi kite buat cair je...

3 comments:

Tina Othman said...

wah asam pedas, sedapnya, lama tak buat, saya suka pekat2, nyum

Chah said...

Kak rose, lapar!!!

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, I suka la ni your asam pedas daging. If my otak belum kering lagi, I think the last time I makan ni was in Kota Baru in 1985.
Your cooking this asam daging, masuk mulut lupa nama mak, ha ha.

I boleh dapat the wangi disini pun, ha ha.
I dapat makan ni, tentu lupa about Cross bridge noodles and Guiling noodles, arhaaaa ha ha.

Boleh saya copy gambar yang atas tu? Boleh, kan?
Okay, outang you teh tarek lambong tinggi.
You stay young, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
ps, you orang mana, Kak Rose? Trengganu?