Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 27, 2012

Donut kentang citarasawan

pagi td nampak donat gebus ni kat rumah Izah, teruslah teringin nak makan.... jahat sungguh tekak ni kan.... tapi layan kan jugak tekak jahat ni dengan merajinkan diri menguli adunan tu sebelum lunch dan goreng lepas perut kenyang..... mmg gebus dan lembut sangat. mekasih pada kak1 dan juga izah yg telah mengolah resepi asal.... dan kak rose ikut sukatan yg izah dah olah ni.... mekasih sekali lagi pada kedua2 nya ya.... kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak...

DONUT KENTANG CITARASAWAN
resepi: kak Wan
Olahan: Izah

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

7 comments:

zila 4ever said...

salam kak..
he heee sy org pertama..tu ler tadi nampak kt dapur izah..nie kt dapur akk pulak..aduiii tergoda2x

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Kak Rose..
dlm busy2 msh sempat buat donut!!!
tadi nmpk jgk Izah buat ni dh sampai kat dapur kak rose cepat nye!!!

Qasey Honey said...

ahaaa la...pg td tgk dapur izah..ptg ni kat dpur akak pula...dapur QH aje yg xde donut lg...huhuhu...jelesnya tgk donut gebu tu...

Kak Rose said...

zila, mmg menggoda jiwa kelembutan donat ni...

Kak Rose said...

Salam Mama Hawa, bz camner pun nak jugak pekena donat ni... tu yg gagahkan diri... puas dapat makan masa hangat2.... lembut sangat!

Kak Rose said...

Qasey Honey. meh kak rose tiupkan vitamin rajin... cepatlah singgah donat ni kat dapur Qasey nnti!

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, aduhai... rajin dan tekun teramat sekali membantu kawannya dengan gubahan bebunga dari buatan jari-jemarinya Kak Rose yang dikatakan "keras tangan atas jari keras" namun tidak lah Ratna percayai karena hasilnya sudah nyata dibuktikan dimana begitu menyerlah halus tertip kejadiannya... oleh itu jangan sesekali Kak Rose merendahkan keupayaan daya diri dimana dengan relanya menyiap-sediakan gubahan bebunga itu dengan jumlah yang beribu-ribuan itu, bravo Kak Rose dengan kecekalan yang teguh dengan kesabaran yang halus sekali!

Tidak pernah Ratna merasai donat berubi kentang ini dan akan mencubainya dimasa yang terdekat.....! bertambah embam-bam lah rupa paras yang sememangnya sudah kus...semangat...!

TerimaKasih wahai Kak Rose yang budiman dan salam manis semanis madu.