Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 19, 2012

Bebola ubi kayu goreng

ubi getuk cap lap u lap mi yg x digoreng.....
jakun pulak dapat ubi kayu warna kuning cenggini! original kaler ni taw!


ubi getuk goreng untuk minum petang aka dinner tadi. masa g doktor pagi td singgah kat kedai sebelah klinik tu.... x tau apa nak bli, terpandang lak ubi kayu ni, teruslah amik sebatang....dan x lupa kelapa parut putih. kalau kat kampung berlambak2 ubi ni kat kebun belakang rumah kan.... tp tadi bli sebatang cenonet jer pun dah 3 hengget! bila potong tu nampak isinya kuning, ingatkan rosak ke apa, tawakal je g rebus.... merebus ubi tu sambil ngadap komputer, lupa lah segala..... nasib baik air x kering lagi dan ubi ni sangatlah gebu n lembut jer.... separuh kak rose terap dengan acuan lap u lap mi ni dan separuh lagi buat bebola goreng. sedap n lembut jer ubi tu! resepi dari CMG, mekasih ya....

Bahan-Bahannya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)
Sambal kicap



Cara membuatnya :-)
  1. Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
  2. Kemudian buatkan bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi....
kalau anak bujang tu ada dah tentu dia akan kata.... mama ni suka makanan jaman jepun! apa lah asal ubi kayu je teringat zaman jepun kan....

11 comments:

kasihredha said...

kak saya nak yg bentuk lap u lap me tu :)
walaupun mknan zaman jepun..tp sedap.
Ubi kayu sekarang dah mahal dan dah naik taraf :)

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, ehem... cap lap u lap mi lagi... tersenyum sendirian Ratna...

Gimana pun, kejadian hasil cap lap u lap mi getuk ubi kayu begitu jelita, adore dengan warna tulennya itu bertompok dengan parutan kelapa muda pasti super yummy juga bebola ubi kayu goreng yang kuning ke'emasan begitu molek jadinya.

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

kasih, yg lap u lap me tu hubby kata sangat yummy... macam dessert yg kat hotel2... he he he

mmg ubi kayu dah naik taraf, dah ada keler2 pulak.

Kak Rose said...

Ratna, hidangan zaman jepun yg boleh buat ratna senyum sendirian ni mmg sangat yummy... lemak n gebu sekali

yg gorengan pun enak jugak dinikmati bersama secawan nescafe.... heaven sekali!

HALAMANKU said...

Salam Kak rose ubi aper yer? cantik jek kaler dia.. sedapnyer mkn ubi ketuk.. yang goreng seap x gorengpun sedap.. memang sedap wat sendiri.. kalau beli kat kedai karang kurang kelapa kadang kurang manis.. wat sendiri sedap.. join kak rose.. lama tak makan ubi ketuk ni he he he

dapurCikWan said...

sedap tu makan time2 hujan..sambil hirup air kopi.. perghhhh =)

Kak Rose said...

Erma, kak rose pun x tau yg ubi ni kaler kuning... bila dah kopek baru tau, ingatkan dah buruk ke apa?

betul tu, bli tu ada je yg x puas atinya, bila dapat buat sendiri sangat puas ati.... dan yg penting dapat makan berulang2... best!

Kak Rose said...

dapurCikWan, mmg cuaca mendung jer dan sepanjnag hari, perot pun asik menyanyi keroncong... jadi keja pun nak kedapur je!

Qasey Honey said...

bbola keledek lg yer...love2 lg...resepi haritu dr akak sya dah try dah...mmg sedap

Anonymous said...

enak banget pastinya !

Anonymous said...

kak rose ..!!
kakak nya Upin ipin ya ? haha

^_^ myFacebook Adink dae..