Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 15, 2012

Kuih tangkup

cuaca mendung sepanjnag hari dan hujan lebat petang ni buat pewot lapo selalu.... hu hu hu dan bila g jenjalan rumah kawan2 cari2 resepi yang mudah nak disediakan maka terjumpa lah kuih lipat/ kuih tangkup ni kat rumah Madiha.... baca tang komen kat bawah entry Madiha tu ada yang kata kuih bulan.... x tau nama sebenar kuih ni. adeiiii!!! cuba buat setengah adunan je, tu dapat 14 biji kuih ni, guna koli kecik comei tu... tp inti tu a bit too sweet la untuk kak rose, so len kali kena kurangkan sket gula tu....

terima kasih pada Madiha yang sharekan resepi kuih ni dan kak rose mintak izin nak konsikan kat sini lak ya....

Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning (ku tambah jugak)
(kak rose ikut macam Madiha... suma tambah kasi ummmppphhh gitu!)

Cara2 menyediakan:
Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. MaDiHaA guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.

Bahan inti:
2 biji telur
2 cwn santan
3/4 cwn gula
2 camb tep kastard
2 camb tep jagung (Tambah sendiri)
daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna hijau (Tambah gak ni)
(inti ni agak manis, so pada sapa2 bukan sweet teeth tu boleh la kurangkan sukatan gula ya...)

Cara2 menyediakannya
Campur kesemua bahan kecuali daun pandan hingga rata. Tapiskan ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat angkat n sejuk sebelum d masukan kedlm kuih tangkup.

21 comments:

kasihredha said...

kuih tangkup ye nama dia kak...
tau makan tp nama tak tahu ...hihi

Cendana Kasih said...

ooo...kuih tangkup yer namanyer...banyak kat kedai2 kelantan..sure sedap ni...saya mmg suka mende2 manis ni...

HomeKreation said...

Aslmkm KakRose cayang. Kuih ni ada kat Swk, lupa lak nama nya. (susah ler nak masuk komen, yg tadi tu ntah nape jadi anonymous)

dillayc said...

salam perkenalan kak rose,

ermm...tak penah makan kuih ni.boleh cuba ni.

izahdaut said...

Pernah nmpk kat blog kak madiha.. Mmg nampak menarik. Budak2 suke kuih gini. Tunggu dtg mood baru leh buat ni. Tapi kuoh akak tu comell jee.

Kak Rose said...

kasih, kak rose pun tau makan jer... ada yg panggil kuih bulan jugak!

Kak Rose said...

noorma, kak rose pun penah makan kat kelantan.. x tau jugak nama kuih ni.

Kak Rose said...

Along, oh ada kuih ni kat sana ya...

Kak Rose said...

dillayc, salam kenal gak... tq sudi datang n tinggal jejak kat sini.

Kak Rose said...

izah, sbb dok godek blog Madiha la terjadinya kuih ni... guna koli kecik so jadi pun comei2 le...

tun_telani said...

kak madihaa mmg byk resepi2 kuih traddisional gini. kuih ni tun pun x tau nama dia, tau makan je. hehe.. biasa beli kat pasar malam. sedap!

Nieza said...

Assalam Kak Rose, kuih ni memang sedap..saya dah pernah buat dah dulu. suka inti kastard tu:)

Kak Rose said...

tun, kalau g rumah dia mmg terliur dengan segala neka kuih tradisional tu kan...

Kak Rose said...

Nieza, sesekali dapat makan kuih tradisional mmg best kan...

nasib baik ada kawan2 maya yg rajin tayang kuih2 lama cenggini kan dapat juga kita merasa membuatnya!

kakna said...

tak tahu nama apa..
janji boleh makan dan sedap di mulut.
comei kiuh tu...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mekasih kak rose sudi mencuba resepi tu ye.. resepi asalnya dari puan mariam... menurut rakan saya kak rus katanya ada juga yang panggil apam perlis.. mungkin lain tempat lain namanya yer..

faa.rosli said...

baru taw nama dia.....sedapnyerr..

Kak Rose said...

kakna, kuih yg jarang2 kita jumpa tu mmg x kenal nama dia kan... tau akan jer!

Kak Rose said...

Madiha, banyak nama rupanya kuih ni... tp yg pasti kuih ni bertangkup... dan satu nama yg paling senang diingat!

tq share resepi kuih lama2 ni ya...

Kak Rose said...

faa, ramai yg baru tau nama kuih ni rupanya... he he he kak rose pun.

~~zAnAfAhMi~~ said...

Kuih tangkup ye? apam perlis? lagi la tak pernah dengar, mkn langsong tidak. Kena cuba ni kak rose...tq kt Madiha jugak.