Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 5, 2012

Serunding kelapa udang kering

serunding kelapa udang kering ni dah banyak kali kak rose buatnya..... dan ni lah satunya resepi yg selalu kak rose guna dari dapur sifu masak2 CMG yg terra tu... teringin nak makan dengan pulut, tp baru merasa sikit jer dah timbul gegata yg sangat gatal tu..... adoyaiiiiii!!! sudahnya pulut yg dah kak rose golekkan dengan serunding tu jadi lah rezeki jiran sebelah.... tinggal yg 4 ketul tu jer untuk cik abang makan....kak rose makan pulut begitu saja.... nasib baiklah pulut tu dah lemak masin..... makan gitu je pun ok...

resepinya kak rose tepek kat sini dan terima kasih sekali lagi ya Mat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

8 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Rose sedap ni.Dah lama tak makan.meleleh...

norlieharumaini said...

teringinnya... nape x poskan kat saya..

kasihredha said...

suka suka
kalau kat kampung...saya suka beli.

Kak Rose said...

Ros, sedap tp serunding tu x leh nak makan... allergic sangat to udang kering!

Kak Rose said...

norlieharumaini, pos bau je boleh kan?

Kak Rose said...

kasih, bli lg senang ... tp kalau buat sendiri lagi umphhhh kan..

Anna Qawina said...

pagi ni kita makan pulut serunding gak..3 singgit..hehehe..
masa kenduri haritu MIL ada buat ni, sedap makan ngan nasik pun kan..

Cik Matahariku said...

salam puan, saya minta izin guna gambar serunding kelapa ni di blog saya.terima kasih.