Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 6, 2012

Banana cake

resepi banana cake yg lain sket dari yg biasa buat.... suma dam sekali dalam mangkuk n mixed dah siap adunan.... tp orang buat cantik jer, dapat kat kak rose pasti ada saja cacatnya! mmg keras tangan sungguh kak rose bab kek dalam cup ni.... nak tengok yg cantik comei2 tu kat sini.... terima kasih pada Maz Ilham Dapur kerana share resepi ni... kak rose kopi n paste kat sini lpulak ya....

Bahan-bahan

  • 2 biji pisang ranum saiz besar - maz guna pisang montel - dilecek
  • 160g gula halus
  • 170g tepung naik sendiri
  • 2 biji telur saiz besar (A)
  • 110ml minyak masak - maz guna minyak sunflower
  • 1 sudu kecil ovallate
  • 1/2 sudu kecil garam
  • hirisan badam secukupnya @ coklat rice dan sebagainya
sangat moist n lembut gebus

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C.

2. Ayak tepung bersama garam. Ketepikan

3. Dalam bekas yang sesuai, satukan pisang dan gula. Kacau sebati.

4. Kemudian masukkan telur, minyak masak, ovallete dan tepung.

5. Putar sebati sehingga kembang dan adunan menjadi ringan dengan kelajuan tinggi selama 5-7 minit.

6. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas (jgn penuh, dlm 3/4 saja) kemudian taburkan sedikit hirisan badam, buat sampai habis dan bakar dalam oven selama 18-20 minit atau sehingga perang (bergantung pada oven masing-masing).

4 comments:

ummiaisyah said...

beshnya kek pisang..gebu..wangi!

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, bagi Ratna banana-cake nya Kak Rose sudah comel cantik lagi sempurna kejadian berwarna perang-keperangan ditambahi dengan taburan kekacang-badam rangup dipermukaan dan gebus didalam, yummy dan perfecto gitu!

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

ummiaisyah, cubalah... lembut sangat tau!

Kak Rose said...

Ratna, kalau tengok yg rat buat tu,,,,lg yummy sekali... ada campuran kelapa n pisang. pasti sangat lemak gitu!