Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, December 24, 2011

Chocolate chips famous amos cookies

salam dan selamat berhujung minggu..... juga selamat menyambut hari natal kepada yang meraikannya... kita pun tumpang sekaki merayakannya, asalkan jangan berlebih2an sudahla kan. dan hari ni kak rose buat cookies ni bukan untuk sempena hari natal esok, tp saja buat makan2 kerana anak pun balik masa cuti ni, so mama pun masak apa yg anak bujang suka nak makan.... ada rajin sikit, bangun pagi terus mengukis.... semerbak harum satu rumah bau masa membakar cookies ni, x sabar nak merasa.... dan bila dah sejuk sikit laju je nagapnya. rangup sangat.

resepi kak rose pernah buat dulu kat sini yang awalnya dari mrnamie.com, Naz COSK jugak Tun Telani... terima kasih semua kerana share resepi yg jd secret selama ni... bye bye la kiosk famous amos cookies yg reganya sangat mencekik darah tu.... kita wat sendirik je..... sangat lah jimatnya dengan satu adunan ni dapat anggaran 100 biji. puas makan! meh kak rose tepek sekali lagi resepinya kat sini ya....


Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate <- tun letak 1 tsp (kak rose pun)
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam <- tun xletak sbb guna margerin, dh masin (kak rose x letak - guna buttercup)
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega <- tun guna margerin sbb mentega xde stok
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
  • (kak rose 50gm gajus + 50gm badam cincang)

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN. <- tun drop guna sudu
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

2 comments:

cik cek said...

Rajinnya kak rose buat kukis...krup krap makan sambil tgk tv best ni...:)

Miss Amateur Cook said...

Saya pun ada secret resepi yang turun temurun dari Alang saya. Saya tak pernah guna resepi laen sbb saya dh suka resepi Alang saya ni. Kak rose pn boleh try 1 hari nnt. ;)

http://missamateurcook.blogspot.com/2011/11/resepi-chocolate-chip-cookies.html