Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, December 29, 2011

Kuih keria keledek

kerana kesiankan keledek yang dah lama bli tp x terbuat apa pun.... baiklah jadikan sesuatu yg boleh disantap untuk minum petang td.... mula tu ingat nak buat bebola keledek tu, tp last minute tuko lak jadi kuih keria ni.... tp kak rose ni mmg x pandai nak buat gula sira tu.... ada kala terpekat dan kadang2 x cukup pekat lagi dah masukkan kuih tu.... so untuk nak selamat tabur je dengan gula castor... jadilah kuih keria keledek versi malas punya! x kisah lah kan janji sedap dingap bersama secawan nescafe o dipetang hari...

resepinya kak rose cnp dari rumah Ummi, mekasih ya dan izinkan kak rose nak kong kat sini lak......

KUIH KERIA KELEDEK
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:- (anggaran 8 - 10 biji)
  • 300 gm keledek - dikupas dan direbus lembut.
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • air secukupnya untuk merebus keledek
Bahan Sira Gula:-
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar air
  • (kak rose x buat ni... guna gula kastor jer)
Cara-Cara:-
  1. Potong kasar sikit keledek tadi, dan rebus hingga lembut. Toskan.
  2. Lecek keledek sekaligus dengan gula pasir hingga hancur dan halus.
  3. Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh dan boleh dibentuk.
  4. Bentukkan bulat dan buat lubang dengan jari di tengahnya atau boleh jugak digentel sepanjang 4 inci lebihkurang dan cantumkan hujungnya.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana, balik-balikkan selalu. Bila kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  6. Untuk sira gula - Masukkan air dan gula dalam kuali dan masak hingga gula naik berbih-buih jernih dan kering sikit, masukkan kesemua kuih keria tadi dan gaul hingga gula bersalut rata dan melekat. Angkat dan hidangkan.

6 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

kak Rose sedap kan buat minum petang.Kita belum pernah buat kueh ni.Teringin pulak.

Kak Rose said...

Ros, kak rose ni buat versi malas punya... x pandai nak buat gula sira tu. asik x menjadi jer!

liza said...

salam kak rose...buat bekpes pun sodap ni....hihihihi

Kak Rose said...

Liza, x sempat nak wat bekpes, sekali ngadap je dah abes!

cik cek said...

kak rose...kuih org lama yang sentiasa evergreen...dari dulu ..kini dan selamanya...:)

Kak Rose said...

cik cek, yg buat pun orang lama yg suka kuih2 cenggini.. he he he