Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, December 31, 2011

Karipap roti

karipap roti untuk minum petang tadi.... buat pun empat biji jer untuk 2 molot yang ada kat rumah ni.... tp isi inti padat2 dan jadi karipap roti yang gumuks2.... makan sebiji pun boleh kenyang.... tp inti karipap ni kak rose x buat macam Ros tu, sbb ada left over inti karipap yang buat ari tu, so kak rose masukkan je la... mmg sedap makan panas2... kulit dia macam roti bakar pulak.... tp mmg rotikan, jadi rasa mmg roti la kan cumanya kak rose taburkan sedikit serbuk lada hitam atas karipap tu. best!

mekasih ya Ros Sinaran Menu, bagi idea camner nak selamatkan roti yg nak tamat riwayatnya ni.... dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak cara2 nak buat karipap ni.... tp inti tu masing2 lah ya nak isi apa.... kalau nak inti macam Ros tu leh tengok kat Sinaran Menu ya

cara membuat karipap:

1. gelek roti hingga nipis dan potong bentuk bulat menggunakan cawan/mangkuk
2. letak sesudu inti dan cantum kedua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya. lepas tu gunakan garf kecil untuk menekan tepi karipap.
3. susun karipap atas dulang dan sapu telor hingga rata (pastikan tidak banyak telor meleleh dibawah karipap sbb takut melekat pada dulang.
4. bakar karipap roti dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 15 minits atau hingga perang.

Note: karipap boleh dikeluarkan dari oven setelah 10 minit dibakar. balikkan dan sapu telor pada bahagian yg belum disapu telor tadi dan masukkan semula kedalam oven.

cara kak rose yg derhaka: sebelah bawah karipap kak rose sapu butter dan sebelah atas sapu dengan kuning telor dan tabur sedikit serbuk lada hitam. so x yah tebalikkan ---->>> leh concentrate main angry bird!

4 comments:

Ummi said...

Assalam kak Rose, selamat tahun baru 2012...alahaaii sedapnya pulak tgk karipap roti nih..lg senang eh, xyah uli2 tepung, kelim2 karipap sume kan... :)

Kak Rose said...

Ummi, kalau malas bolehla buat cenggini... cepat je siapnya!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Ros.Tadi Ros pun buat lagi sekali karipap roti.Tapi prtang tadi ros buat versi goreng.Pun Rangup dan sedap la kak ros.Ros buat bentuk samosa.

Kak Rose said...

Menu yg simple n nice camilah yg mudah disediakan... dan yg penting cepat jer dapat dingap! tq sangat2 for the idea ya Ros