Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 6, 2011

Fadhilat hari Asyura

Asalamualaikum dan selamat menyambut hari Asyura... kepada yang berpuasa kak rose ucapkan selamat berpuasa dan semuga mendapat ganjaran yang telah Allah janjikan... Amin. selalunya bila hari Asyura ni yg teringat dalam kepala ialah bubur asyura jer, yg lain2 tu x kisah sangat... sebenarnya hari asyura adalah hari yang sangat istimewa.... hari yang jatuhnya pada setiap 10 Muharam iaitu hari yang kesepuluh setiap kali selepas menjelang tahun baru Hijrah...

dan antara 14 perkara yang disunatkan dilakukan pada hari asyura yang kak rose cnp dari sini, sama2 lah kita beramal, semuga akan mendapat menafaat dengan amal kebaikan yang kita lakukan... Amin

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu. Lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’


9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’ Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Lafaz niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’


Semuga kita sama2 mendapat menafaatnya dan selamat beramal..




3 comments:

Unknown said...

Assalam Kak Rose, Alhamdulillah...sama-sama kita merebut kelebihan bulan muharam ni semoga mendapat keberkatan ilahi..insyaAllah:)

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Kak Rose terima kasih kerana memperingati, besar pahalanya Amin

anymz said...

banyak fadhilatnya...
tapi sedih kita tak dapat berpuasa..