Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 17, 2012

Kuih sagu kukus

salam semua..... buat kuih sagu ni untuk minum petang semalam. mulanya ternampak kat dapur cantik CT Delima. kuih pun sangat cantik berposing dengan prop yg vogue membuatkan kak rose tersangat lah nak membuatnya. actually nak memakannya! tu la kak rose ni, nampak semua nak makan!

kak rose penah jugak buat dulu menggunakan resepi dari mamakastam tioman ni. lain sket dari biasa sbb tang kukus tu kan. meh tengok resepinya yg kak rose amik dari mamakastam@Myr. mekasih mama.

RESEPI BRONOK @ KUIH SAGU (KUKUS)
source : mamakastam@myresipi

Bahan-bahan
  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air - (next time nak kurangkan air 2 gelas ok kot)
  • 3/4 gelas gula pasir - (a bit too sweet for me, len kali kena kurangkan sket)
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
Cara-cara
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

sagu santan minus the gula melaka.... sedap je buat kak rose yg mmg pebret sagu camni!

kali ni kak rose buat macam terlembik, mungkin sbb sagu tu kak rose basuh dan dah kembang semasa masuk dalam air yg melegak tu.... wpun lembik sket tp masih boleh berbentuk bila kak rose keluarkan dari acuan kecik2 tu.... yg selebahnya kak rose kukus dalam loyang jer... pas tu masuk dalam gelas dan buh santan pekat .... he he he jadi macam sagu santan minus the gula melaka!

15 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam kak rose sdp kuih sagu ni..mkn dgn santan dan air gula merah pun sdp sejuk nyaman masuk ke tekak..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

hari ni panas la..kalau dapat saku ni memang best le.

Chah said...

oh ye, kalau dikukus nampak mungil2 je sagu tu ye kak...hurmmm sedapnya gigit kenyal2 gitu...tq kak for da resepi...

suri solehah said...

selama ni suri masukkan sagu masa air tak mengelegak..patutlah masa masak masih ada putih2 lagi dalam huhu..baru tahu cara buatnya ,,,tq kak.

suri solehah said...

dtg lagi kak rose,nak tanya,suri terlepas yg popia frozen tu..kalau masukkan kt beku tu biasanya kena lama mana ye?

asyifamustaffa said...

mcm nak cuba la kak...sdap nmpknya..:)

Kak Rose said...

Sheila, kuih sagu ni mmg kak rose suka sangat... lagi2 makan ngan santan tu...

Kak Rose said...

Ros, makan sejuk2 mmg sedap kan.

Kak Rose said...

Chah, lembut goyang2 gitu!

Kak Rose said...

suri, kak rose ni panjang2 kan resepi mama kastam ni... cantik je jadinya.

popia tu bila dah beku/-+ 1jam ke bole la disimpan dalam plastik... dia x kan melekat dah!

Kak Rose said...

Asyifa, silakan.... nnti leh share kat blog pulak!

Trying To Be Muslim.. said...

Kak Rose dear.....

Assalamualaykumwbh.....waaaa...baru je mama ayu pergi lawat mama kastam tioman tu eik...mmm akka dah rasmi kuih sagu ni..both ayu suke ar...yg dgn kelapa and yg dgn santan....yummmeh!!!

Kak Rose said...

Walaikumsalam Ayu, tp picky eater tu suka x? ke mommy saja? he he he

Yatie said...

nampak K.Rose buat kuih sagu ni, rasa mcm nak wat skrng gak..nyaman je lalu kat tekak...

Kak Rose said...

Yatie, sama macam kak rose le ni.... x leh nampak orang lain buat terus je rasa nak makan. jahat kan tekak ni!