Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 19, 2010

Puff tuna kelopak

salam dan selamat petang semua..... ari ni kak rose nak mencuba buat puff kelopak macam yang CMG tu buat dengan sangat cantiknya.... tapi alangkah hampanya kelopak yang kak rose harapkan akan berkembang telah jadi cenggini.... macam takut je nak senyum..... kenapa x nak kembang wahai puff? Cik mat kalau ada petua nak bagi kembang mailah kongsikan dengan kak rose yang x pandai nih.....apa pun kak rose mintak izin nak kopipes resepinya kat sini ya..... nak tengok cara CMG buat boleh tengok kat sini gak.

BAHAN INTI TUNA :-)
1 tin tuna, tos dan hancurkan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 biji bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar mentega
Secubit gula

BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus (kak rose x letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
  2. UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemeran, jika suka...
CATATAN MET GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart".....

jemput semua minum petang dengan puff kelopak yang x kembang nih....

4 comments:

JaSSNaNi said...

salam tuan rumah.. :)

diet lagi ke??

adoiii tak tahan nobat tengok puff tuna tu..

hehehe.. sedap sangat nampak.. i likeee.. :)

Watierman said...

Salam Kak Rose..baru teringat ada sepeket lagi puff pastry kat dalam freezer....bila lak nak buat ni..badan esey ni...dah boleh golek macam bola dah ni!!

Kak Rose said...

Nani, resepi CMG memang top... x rugi mencuba tau!

Kak Rose said...

watie, pastry dah ada apa lagi... teruskan projek.... biar boleh golek2 asalkan sihat... x gitu?