Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 13, 2010

Kuih lapis tradisi

selamat petang semua.... rasanya lama dah tak buat kuih ni.... sejak x leh nak makan segala yang bertepung ni jadi tak berapa rajin nak buat segala kuih2 ni..... tapi kan kesian kat abang yang tak de kuih buat minum petang..... jadi kak rose g jenjalan rumah kawan2 cari resepi apa yang mudah..... dasar malas.... semuanya nak yang senang. resepi ni kak rose jumpa kat blog An periuk tanah tu.... An kak rose minta izin nak kopipes resepinya kat sini ya.... untuk rujukan kak rose lain kali bila nak buat lagi.....

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis seperti kat gambar tu... budak-budak paling suka bab ni..

kak rose buat guna bekas kecik2 ni.... sesudu/kaler.... tapi bila dah lebar kat muncung tu jadi nampak nipis je.... len kali kena buh 1 1/2 sudu kot baru nampak cantik lapis dia... dan kaler tu kena tambah lagi merahnya biar nampak menyerlah.... jadi cantik macam tuan punya resepi tu buat!

9 comments:

aidah said...

Salam kak rose,
cantiknya kuih tu. sy ni kalau bab2 kuih macam ni takut nk buat sebab selalu tak menjadi. Geramnya tengok limau kasturi tu, buat air teh perah limau kasturi sedapnya atau sirap limau. Popia basah tu kalau kat kuantan ni susah nk cari yang betul2 sedap, yg paling sedap sy pernah makan masa gi taiping dulu. Memang sedap

Kak Rose said...

aidah, pernah gak wat x jadi...popia ss ali yg femes tu mmg sedap.... makan x hingta donia sampai kantoi diet ari tu... tp puas ati dapat makan!

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi KakRose...cunlah kuih lapis tu kak!!! Love suke sangat kuih nih...actually semua kuih I like...hehehe! :D

Sofya said...

comey la kuih lapis tu..
pandai akak wat..
kuih ni, org yg sabar jer leh wat..

Kak Rose said...

sofya, eh... sapa2 pun leh wat cuma kena banyak sabar je.

Kak Rose said...

Love, kena rajin kalau nak makan.. tp love nyer banana spring roll tu lagi sedap!

geraugebang said...

ala alaaaa, manis ajer rupanya. macam kuih masih dara...gitew...kikiki

Kak Rose said...

gerau, bila mak dara yg buat boleh ke dikata kuih dara jugak? he he he

Anonymous said...

If you are planning to Abercrombie and Fitch make a profit, Abercrombie then giving away promotional clothing Abercrombie Sale as a promotional gift will never Cheap Abercrombie let you lose your aspiration. Abercrombie outlet This is the best way to reap profits. The first step towards this is abercrombie Jeans by deciding your budget. A well Abercrombie Pants planned budget can get you the best promotional items at reasonable cost which will easily be Abercrombie Tees accepted by the masses. Regardless, Abercrombie Shorts selling branded promotional Abercrombie Sweaters clothing with your own brand is another way to gain instant popularity. The natural impulse for almost all retailers is to make a huge profit on the products already in the stockpile. But it would be wiser to purchase loads of unique promotionally priced clothing items, promote it at good deal basement price and then put it on the market of sale. This way the scope of attracting populace to the store increases. This merchandise actually pushes benefits with its attractive features. It not only provides name and popularity to your brand but also helps to reap noticeable profit also.