Bahan-bahan
- 3 cawan tepong gandum ( 300gm )
- 1 cawan + 1 sudu makan lagi air suam
- 1 sudu kecil membumbung planta
- 1 sudu makan susu pekat manis
- 1 sudu kecil gula pasir
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu makan minyak masak
- 2 sudu kecil mauripan
- Plastik/ daun pisang
- Satukan air suam, gula, garam dan mauripan. Biarkan sebentar sehingga ibu roti naik.
- Dalam mangkok. masukan tepong, planta dan susu. Ramas sehingga rata.
- Masukkan yis, uli hingga menjadi doh kemudian masukkan minyak masak, uli lagi sehingga sekata.
- Kemudian hempas adunan sebanyak 21 kali..ketepikan dan tutup adunan selama 10 ke 15 minit. Sementara itu siapkan pelapik pau, daun pisang atau plastik yang di potong 4 segi. (kak rose: wonder jugak kenapa kena hempas? tp ikut jugak dan hasilnya x la mengeciwakan)
- Apabila adunan dah naik ambil sedikit adunan, leperkan, isi inti yg di sukai, tutup, letak atas daun pisang atau plastik yg di potong tadi.
- Buat begitu sehingga habis. Susun dalam kukusan. Biarkan selama 10 minit. Buat adunan sedikit, kena ambil masa sikit.
- Panaskan kukusan. Api besar ( dapur gas biasa )
- Apabila air dah mendidih, letakkan bahagian kukusan yg ada pau tadi tu..kukus selama 5-6 minit aje..
- Bila dah masak, angkat kukusan yg ada pau tu dengan penutupnya sekali, kebawah. Buka penutup, cepat2 keluarkan pau dan susun di atas surat khabar bagi mengeringkan air yg terdapat pd pau..
- Makan time panas2 ni..tak ingat org di belakang..
- Kalau nak buat pau goreng, guna api pelahan, sentiasa balik2kan supaya masak sekata. Bila dah perang, bolihlah di angkat..yg ni tak bolih makan panas2, nanti melecur lak mulut tu..tunggu suam sikit
20 comments:
Assalam kak Rose....wah ni baru betul ber"hempas pulas" mengerjakan tepung nak wat pau ya Kak...Ni kita datang nak pow Akak barang seketoi dua!!! Ala untuk anak bujang satu...tu yang minta 2 ketoi tu!!
kikik i...tang hempas tu yg x thn..saya dah bnyk x try rsp ni kak..suka dok hempas2 tu sambil gelak..haha
salam kak rose....selama ni jadi silent reader je.hari ni baru berani nak tonjolkan diri...hehehe...takut nak buat pau...asyik tak jadi je...nak ambik resepi ni pulak....mintak izin ye....
pau sy dah habisss... ngecek pau kak rose lah.. hehehe... inti kacang merah ye? mesti best tuu...
dh ok dah tu kak Rose paunye tu...nmpk gebunya tu...QH pon lum brani lagi nk mngepau...Qh pon nk simpan jugak la resepi pau ni...semalam dh simpan resepi intinye tu...tq
Watie, mula baca tu tergelak jugak... kena hempas2 pulak... tp end-up jadi cantik. alhamdullilah kan.
nah amik ni, ada lagi ni lepas buat kenduri kat blakang rumah... makan dengan kawan2 masa hangat2 lagi! best!
Anna, mmg senyum sorang2 masa hempas2 tu.... untuk apa ya?
Ummi Anie, mekasih baca kemerapuan kak rose ni...
ni pun percubaan kali ke 2 setelah hancus yg first time tu!
Madiha, inti kacang merah yg buat semalam tu...meh, ada lagi ni..
QH, cubalah sambil exercises lengan menghempas2 doh tu... he he he dan inti kacang merah pun best jer!
salam..
sedap pau buat sendiri.inti letak banyak2.best..
Sedap ni kalau makan panas-panas! puas makan kalau buat sendiri, tapi Amie beum berani buat takut tak jadi!
kak Ros dah hempas2 tu ada apa2 yang pecah tak???aaii ya Allah macam-macam carakan.Ingatkan buat macaron je nak hempas-hempas ni..buat pau pun?????
Salam Kak Rose,
Nak pau 5 ketul boleh?
Kak Rose,
dh lama ina nk cuba bt pau...tp msh x bt2...hajat di hati nk beli inti segera jerk tp x jmpa2 plk time nk g beli...ln kali akak bt lebh sket la intinya n past kat ina...leh la ina mge"PAU' gaks....
kakna, kalau buat sendiri ni ikut pilihan kita la kan... sesuka ti nak letak inti camner!
Amie, x cuba x tau kan... ni pun kak rose memberanikan diri setelah fail kali yg pertama tu!
Ros, sambil hempas tu tersenyum sendiri tau... sambil tertanya2 kenapa? he he he
moklong ina, inti ada banyak lagi ni... nak share boleh jer
Assalamualaikum Kak Rose..terima kaseh kerana telah sudi mencuba resipi pau mama tu..resipi ni mama jumpa dalam majalah wanita tahun 80'an..bila dicuba menjadi elok..tu yg mama kongsikan resipi yg telah mama ubah suai..bila kita hempas..adunan tu menjadi lembut dan ringan..lainlah bg mereka yg mempunyai pengadun roti tu...
Post a Comment