Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 16, 2012

Basic bread: Garlic finger bread

permukaan garing yg x rata.... maklumlah oben cap ayam jer!

tu dia!!!! orang buat finger bread size jer tp yang kak rose punya dah jadi macam arm size pulak.... ni la kan bila buat keja nak senang jadi out-come pun seadanya la kan.... tp roti ni mmg sangat gebus n terasa garlic spreadnya tu..... ramai dah yg mencubanya dan kak rose mmg dah agak kalau virus ni laju je merebaknya pasti lah kesedapanya hingga menjilat jari kan! mekasih pada semua yg mempromosikan resepi garlic finger bread ni.... tq sooo much, mmg sedap, hangat2 lagi kak rose dah ngap satu arm tu! x de ciciah pun sedap jer! resepinya kak rose cnp dari rumah Izah.... mekasih semua!

BASIC BREAD RECIPE
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber lain: Tun Telani, Kak Hana & Ika

Bahan A
500g tepung roti *izah guna tepung gandum (kak rose pun sama...)
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional -izah letak
1 sk bread improver- optional - izah letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur- tun x letak *tak letak


Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.


GARLIC SPREAD

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar

Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

CARA IZAH UNTUK FINGER GARLIC BREAD:
(cara kak Nor sgn67)

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu garlic spread di atas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersma mushroom soup. Enjoy!!

16 comments:

tun_telani said...

salam kak rose.. basic bread ni mmg sgt2 lembut.. lepas 3hari pun lembut lagi. mesti masa bakar tu bau harum satu umah. kalau dpt cicah mushroom soup, xyah msk lain dh dinner nih.

Mama Hawa/Mama Nani said...

salam kak rose..
virus dh menyular sampai kerumah kak rose daaa heehee...

kasihredha said...

kak, saya tengok kawan2 buat roti senang je.
Saya x pernah buat roti..huhu

Kak Rose said...

tun, resepi ni jer pun yg berani cuba... mmg menjadi! harum bau garlic tu kan n lembut jer.

Kak Rose said...

Mama Hawa... saja nak bagi muscle kuor kat lengan tu!

Kak Rose said...

kasih, kak rose buat yg mudah2 jer... maklumlah bm x nak singgah kat rumah kak rose lg!

izahdaut said...

Assalamualaikum kak rose.. Magrib2 ni baru dpt singgh blog kak rose.. Mmg sangat gebu roti nikan. Tak kesah la arm ke kakrose ek, tetap nampak meletops roti kak rose. Uli tangan pun besstt gebuu jee

Nuwairani Ismail said...

memang puas hati dpt makan roti ni..nani buat pulak terlebih gebu.kembang2 sampai penuh loyang. dah tak jadi finger dah.

Amie said...

Assaamualaikum Rose,
puas hati sungguh kalau hasil roti menjadi... gebu & lembut! Sedapnya Roseeee....

Rohah said...

salam kak Rose,
sedapkan, sy pun baru buat minggu lepas..puas makan roti ni bila buat sendiri, boleh dapat banyak..

Watierman said...

Assalam Kak Rose dah lam rasanya tak meroti....sedap pulak nampak jejari montok tu!!!dapat se.....jari pun dah kenyang ni!!(apa penjodoh bilangan yang sesuai...hehehe?)

Kak Rose said...

izah, uli tangan jadi pun sebeso lengan... ha ha ha gebus sangat!

Kak Rose said...

Nuwairani, kak rose punya pun terlebih gebus la tu...dah jd macam bantal lak!

Kak Rose said...

Amie, buat yg mudah2 jer... maklumla guna tangan popye jer...

Kak Rose said...

Rohah, makan petang sampai esok paginya... masih lembut je kan.

Kak Rose said...

Watie, x dak sejari de... dah jadi sebantal!