Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 12, 2012

Banana double chocolate muffin

buat muffin untuk makan2 petang ni.... ada pisang yg jiran bagi tp x termakan pulak.... kesian dia terbiar cenggitu baiklah jadikan sesuatu yg mengenyangkan. balik dari sdmc td terus masak dan sambil tu selongkar gobok izah cari resepi muffin pisang ni.... jumpa yg ni, nampak macam mudah jer resepinya... tp biasalah kak rose ni kan ada je yg x kenanya kalau buat muffin.... tp x jeran! nak jugak mencuba... dan hasilnya mmg mabeles, lembut n moist muffin ni.

mekasih pada tuan punya resepi asal Charishma Ramchandani dan Izah yg sharekan resepi ni dan kak rose nak mintak tepek kat sini lak ya....


Menghasilkan 8-11 biji muffin (kak rose dapat 13 biji guna cup yg ni)

Bahan:
1 1/2 cwn tepung
1 cwn gula * izah kurangkan setengah (kak rose ikut izah... just nice manisnya!)
1/4 cwn serbuk koko
1 sk baking soda
1/2 sk garam
1/4 sk baking powder

1 1/3 cwn pisang lecek
1/3 cwn minyak sayur
1 biji telur
1 cwn coklat chips


Caranya:
Di dalam mangkuk yang besar, satukan semua 6 bahan-bahan pertama.
Di dalam mangkuk kecil yang lain, satukan pisang lecek, minyak dan telur.
Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam bahan kering tadi.
Sebatikan tapi jangan overmix.
Masukkan coklat chip. Gaul rata.
Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh.
Bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit.
Sedia untuk di hidang.

bak kata Izah, makan panas2.... sedap!

6 comments:

Watierman said...

Assalam Kak Rose ....tak nak yang panas...yang suam ada tak??? Nak 3 biji....banyak sangat tak...?Ala sebiji pun okaylah!!

izahdaut said...

mapinnn.. ooo nape akak tak buat karemeled banana kek tu kak.. yg tu mmg best. tapi yang ni kalau minat coklat best gak ni kan.sya kalau pisang dah memang tekak ni lebih suke rasa pisang je, tak mo kacau ngan rasa lain. hehe..tq kak sudi cube resepi diblog saya..*walaupun bukan resepi saya.. hehee

HALAMANKU said...

Salam Kak Rose.. wah memang nampak gebus n mengancam muffin tu.. terliur tgk.. cam lama tak wat muffin he he he aperpun kak resepi kat Dapo Izahdaut tu tak mengecewakan he he he

tun_telani said...

wah. hitam pekat mapin nih.. terliur tun nengok.. tun mmg suka gandingan pisang ngan coklat nih.

moklong said...

sodap ni...

Rohah said...

Salam kak,
enak nampaknya..anak2 saya pasti sukee..