Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 3, 2012

Bye bye cendol mamak!

slam tengahari semua.... cuaca panas yg membakar membuat tekak asik nak minum yg sejuk2 jer.... kalau dulu nak minum cendol ni pasti nak kena g jumpa mamak baru dapat merasa sejukkan tekak.... terutama yg kat subang jaya SS15 tu, berbaris punyalah panjang untuk nak dapatkan cendol ni, pas tu duduk bawah pokok, berderet2 atas batu tepi jalan tu sambil menikmati cendol... sangatlah heaven. kini boleh lah bye2 je kat mamak tu... buat sendiri lagi puas ati..... boleh makan berulang2 pagi sampai petang!

ni la kalau buat sendiri.... sirap gula pun suka suki nak taruk, merah/putih... with or without santan... teringat MIL yg sangat suka minum cendol dengan sirap gula putih tanpa santan ni... sedap gak! resepinya, mekasihya pada ena-zarina yg sharekan resepi cendol sedap nih! banyak kali dah buat cendol ni kat sini, tp x pa, kak rose tepekkan resepinya sekali lagi....

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras (kak rose guna tepung jagung)
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan. (kak rose buh ketulan ais)
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

15 comments:

Qasey Honey said...

Kak Rose...bye2 yer...tp mmg puashti ehh buat sdri...tjamin kebersiahannya...hehehe...

zila 4ever said...

salam kak rose
dh x yah beli lg la yer..buat sendiri leh makan byk2:)

Liza said...

salam kak rose...liza pun nk bye2 la kat cendol mamak, nk g umah akk pulak....ekekekekeke

tun_telani said...

last time tun buat cendol x jadi.. huhu.. nnti nk try yg ni pulak. mmg hantu cendol tun nih.

HomeKreation said...

Asklmkm KakRose. Rajin nya ya... dah siap hidang, kita telan air liur jer lah....hehe

a'in fajar said...

salam k.ros, sedapnyer nmpk cendol k.ros ni terus rs dahaga..

Kak Rose said...

Qasey Honey... mmg betul tu dan yg pasti dapat mengulang2...

Kak Rose said...

zila 4ever... betul sangat2... minum sampai kembung!

Kak Rose said...

Liza, meh2.... kak rose buat banyak ni!

Kak Rose said...

tun, practice maker perfect kan... hantu cendol x leh la putus asa... pasti kena cuba lagi nih!

Kak Rose said...

Along, nak minum sejuk2 punya pasal... kena lah merajinkan diri... puas dapat minum banyak2

Kak Rose said...

a'in fajar... jom mencuba buat sendiri... puas, hilang dahaga!

Watierman said...

Assalam kak Rose...hehehe..kita pun suka buat jugak...anak-anak suka..sekali buat dapat banyak jugak...so keraplah buka tutup peti ais..budak2 tu...!Tapi cendol mamak tu..kalau versi ais sagat memang class..sekarang dah tak best..sebab kerap dia orang letak ais kiub aje!

Nieza said...

assalam kak Rose, apa khabar kak? sedapnya tgk cendol tu lama dah saya tak buat. kena tunggu angin rajin nanti boleh cuba ni.

Anonymous said...

saya dah cuba...tapi dia jadi lembik bila direndam dlm air..knp ye?