Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 10, 2012

Ayam ros pandan

Salam dan selamat pagi yg sejuk..... hujan x berenti dari sebelum subuh lagi. kalau dapat tarik selimut ni alangkah bestnya kan..... tp pagi nak kena hantar anak sambung buat physiotherapy kat SDMC lagi.... kena g awal takut jalan jem hujan2 ni kan....

sebelum tu sempat lagi tepek lauk lunch semalam..... 2 beranak nak makan nasi tengahari semalam, buatlah ayam ros pandan yang wangi n sedap nih. harum semerbak bau pandan masa memasaknya dan bila hidang pun masih terbau wanginya. pernah buat dulu dan bila dah tau kesedapanya, maka ulang tayang pun mesti ada kan.... resepi dari CMG, mekasih ya mat.... makan dengan nasi panas2 terlupa dah lauk yg lain!

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..

17 comments:

LYAfrina said...

sedapnyer nampak...
blh cuba resepi ni gak

Kak Rose said...

LYAfrina, cubalah.... sedap n harum baunya.

zila 4ever said...

salam kak ros
terliurr dah kak..pagi2 nie rasa lapar betul..:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Rose...nampak sedap ayam Ayam ROS pandan tu.Segar daun limau purut yg digunakn..pasti membangkit selera bila mkn ngan nasi panas2 nih!

Kak Rose said...

Zila, makan dengan nasik pepagi pun ok gak kan....

Kak Rose said...

Atie, gandingan harum bau pandan n daun limau purut tu mmg ngam... bertambah2 nasik!

Watierman said...

Assalam Kak Rose..mentang2lah nama dia Rose.....walaupun Watie tak makan ayam..tapi semalam masa gi Tesco nak juga beli ayam ....tapi tengok ca tak segar jer..tak jadi pulak...kalau dah beli nanti..nakjuga try resepi ni...mesti harum jer kan!

Anna Qawina said...

Aslmkm Kak Rose...sedap nampak kuah pekat ke sambal dia tu, kalo saya mesti kaut2 gaul dgnnasik je..hehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Ros sedap tu..terasa nak makan pulut kuning pulak nampak ayam ni.

Qasey Honey said...

sedapnye Kak Rose ayam ros pandan ni...mesti harumkan baunya...mesti cuba...

Amie said...

Assalamualaikum Rose,
waduh waduh tijah! sudahlah sekarang ni sejuk, hujan... terbaulah pulak aroma ayam ros pandan.... terus perut berkeriau!

Kak Rose said...

Watie, x makan ayam eh? kak rose ni sejak allergic yg amat sangat to seafoods, ayam n daging je la jawapnya... nnti dah cuba sharekan kat sini ya/

Kak Rose said...

Ana, sama cam kak rose la... tp sbb semalam ada jugak buat daging masak asam, dah bercampur2 rasa dia!

Kak Rose said...

Ros, ya la.... makan dengan pulut pun ok gak kan... stok pulut ada banyak ni, nnti leh try pulak!

Kak Rose said...

Qasey honey, selamat mencuba ya!

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Amie.

apalagi silalah kedapur n mulakan projek... harum nya boleh buat bertambah sedap lagi keroncong perut tu!

norzila said...

kak rose..assalamualaikum..jenjalan singgah dapur kak..dah folo....sedapnye ayam ros kak ni semanis nama puan blognya...