Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 1, 2011

Ayam ros pandan

salam semua dan jumpa lagi di pagi Jumaat yang mulia diawal Julai ni.... wah ari ni cepat siap masak untuk lunch sbb anakanda nak g keja awal... jd kenalah siapkan lunch dulu... masa tengah masak ayam ni mmg harum satu rumah bau daun pandan dan daun limau purut tu... resepi dai rumah CMG yang sangat terer mengoter resepi ayam dan menjadikannya sangat menyelerakan ditekak dan juga dimata....tapi kak rose dah trlupa nak buh buah keras dalam resepi tu, agaknya mengubah rasa x pada ayam ni? pada kak rose dah sangat sedap wpun tanpa buah keras tu! .... apapun mat, mekasih ya share resepi dan kak rose mintak izin nak cnp kat sini lak.... best sangat!

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

terlupa suda nak tabur bawang goreng.... daun bawang mmg ilek, x de dlm simpanan...

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras (x letak... terlupa lak!)
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..

8 comments:

tun_telani said...

sedapnyer ayam ni.. bau wangi sampai bintulu dah nii.. blh x gi mkn kt umah akak je, malas aa nk masak arini. hihi

Mas said...

akak..terliurnya tengok ayam tu..
sedappkan kak..
mas dah 2 kali buat tau..

Anna Qawina said...

rasa nak tapau jek bawak balik, mkn ngan nasik briyani kita..hehe

Kak Rose said...

tun... bau harum pandan yg dibawa angin dah sampai ke Bintulu!

Kak Rose said...

Mas, mmg sedap kan... mesti ada kali kedua nnti!

Kak Rose said...

Anna, kak rose nak tapau nasik beryani tu pulak la... hihihi..

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, ya ampun pabila ditatap kan terus berdoa "menjelma lah dikau wahai ayam rose pandan didepan mata dan hidung ku!)... ilek!!!
Kak Rose begitu pandai membikin kan Ratna super kempunan ... mengapa lah rupa sambalan ayam berpandan itu begitu meletupkan selera!

Dapat tengok-pandang pun cukup ya Kak Rose .. esok Ratna mahu bikin dan masak ayam rose pandan dan ayam nya Ratna akan panggangkan diatas bara bbq, gimana Kak Rose setuju tak Ratna ubah sedikit cara memasaknya.

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

Ratna, kena jadi macam david copperfield lah cam ni...hembus je ada depan mata...

ratna rasanya kalau dipanggang bbq pun sedap... entahkan baunya akan sampai kerumah kak rose ni...hmmmm harum sekali!