Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, July 20, 2011

Ayam kicap lada hitam

salam semua..... lama x merempit kat rumah cikgu hana yg sangat bz sejak balik ke mesia tu.... kerana nak melepaskan kerinduan dengan menu2 yg best kat rumah dia tu, kak rose pun godek resepi ayam kicap yang sedap dan mudah nak buat ni.... semua gedebum dalam koli dan tunggu hingga masak.... mekasih ya nduk kak rose cnp resepinya kat sini pulak.

AYAM KICAP LADA HITAM
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 400-500g ayam - potong kecil2
  • 2 inci halia muda - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - parut
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning
  • 1/2 sk lada hitam
  • cili padi ketuk *optional jika ingin pedas
  • 1 batang serai - titik *optional (kak rose x letak)
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
  • (kak rose tambah sebijik kentang)
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering.Angkat dan hidangkan.

9 comments:

kasihredha said...

suka
saya suka
rasa nak terjah je ke shah alam
rumah kak rose

Sheery Dream Cakes said...

tgk ayam tu memang menyelerakan ler... ayam d masak mcm nie mmg sedap.. anak2 pun suka makan.

Trying To Be Muslim.. said...

Assalamualaikumwbh kak rose dear.....mmmmmm, simple resipi but menyelerakan niiii....:)

Kak Rose said...

kasih.... boleh saja tp tinggal pinggan jer ni...

Kak Rose said...

Diana, simple n sedap. mak n bapak budak pun suka gak!

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Ayu, lately malas sungguh nak masak2 ni... tp makan sentiasa mau! adoyaiiiii

tun_telani said...

morning kak rose.. awalnyer n3 =) resepi yg simple n sedap. tun bila wat ayam kicap versi kak hana ni, mmg ratah2 2-3ketul br mkn ngn nasi.hihi. nnti gi umah tun angkut award ye =)

Anna Qawina said...

huhu..sdp ni..saya pernah try gak..senang kan, main lebur dlm koli..hehe

Fiza Nordin said...

uishhh sedap ni... tompang makan! ehehee