Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, July 14, 2011

Kena siapkan homework.... huhuhu

dapat award bersama dengan tag dari Madiha aka Ratna dan juga CT Norarizah....tp kak rose x pandai nak menjawap dan membuat homework ni.... jadi apa yg kak rose tulis kat sini tu lah dia....merapu meraban pun kira ok la tu kan...

sori banyak2 pada Madiha yg berikan kak rose homework ni….bukan x nak buat tp ada je alasan yg membuatkan x sempat nak selesaikan nya…. 2 hari ari tu berulang g incometax office…. nak buat clarification… kenapa lah derang charge sampai 6k++ walhal tiap tahun bulan buat caruman melalui potongan gaji…. bila dah cek tu rupanya ada tambahan2 yg kat bawah borang J tu yg kita x perasan…. hishhhh!!!!! derang ni satu sen pun x nak waive tp duit kita dia guna pada benda2 yg rasanya macam nonsense! so sekarang ni dah settle… terbang 6.5k …. Busu kata ma, boleh beli moto busu dah ni!... nnti la nak oi, mama settel yg ni dulu…

banyaknya merapu…. asal nak wat homework tp dah lencong jauh lak… ya lah homework lambat siap kena bagi reason kat cikgu la kan….harap cikgu x marah...... sambil melayan sakit gg lagi…. he he he… nak citer apa ek ttg kak rose yg kawan2 x tau lg….

seorang SAHM --- stay at home mother…. punyai seorang anak yg dah bujang tp he will always be my baby…. dan disayangi oleh suami yg sangat sporting…..tiap pagi sebelum g keja mesti kis2 dulu…. silalah muntah ya tp itulah kenyataannya…

berasal dari Batu Pahat, Johor dan hubby pulak berasal dari Kelantan…. kalau hari raya sllunya kami akan beraya di BP dulu pas tu barulah ke Kelantan pulak…. tp x semestinya kan…. mana2 pun sama gak sbb yg penting nak jumpa mak bapak kan… x baik nak gaduh2….

dulu penah kerja bank selama berbelas tahun, pas tu dah berenti keja plk ngan construction company yang listed kat mainboard KLSE, office ni depan rumah jer, so kak rose lenggang kangkong g keja 5 minits to the time…. tp bila derang pindahkan pejabat jauh dari rumah kak rose mintak berenti dan tukar ke company yg lain…. construction jugak dan kak rose buat purchasing…. mengendalikan projcet menyiapkan 3812 unit rumah untuk kakitangan kerajaan di Putrajaya…. dari sekecil2 bolt n nut hinggalah kren dan segala macam bahan binaan…. paling banyak order ialah steel bar, concrete, timber, scaffolding n cements… masa tu semua harga barang2 ni dah dalam ingatan jer…tp bila hubby kena pindah ke Langkawi terpaksalah berenti… dan sampai sekarang ----SAHM! tp ngadap komputer ngalahkan orang yg keja pejabat…. pagi sampai malam! x jemu2!

masa duk di Langkawi dan punyai banyak masa terluang barulah berjinak2 dengan blog setelah berbulan2 menjadi pengikut jer…. nak buat blog sendiri x pandai, hubby lak memanjang sibuk so pandai2 lah godek sendiri dan akhirnya sampailah sekarang dan harap akan rajin mengupdate sampai bila2 selagi terdaya! tu yg blog kak rose ni jarang2 nak ubah apa sbb x pandai pun…nak tuko langsir pun malas! terima kasih pada kengkawan2 dialam maya ni yg banyak memberikan tips dan dari situlah kak rose belajar sikit2…. maklumlah buta IT!

setelah ada blog ni barulah rajin mencuba segala menu yg terjumpa…. dulu masa sekolah menengah duk ngan arwah nenek, x de peluang nak masak, makan aje taunya… takat jerang air dan buat kopi itam tu kak rose tau la…. kopi kegemaran arwah. sayang sangat arwah nenek.. Al-Fatihah buat nya…. tugas utama masa duk dengan nenek ni ialah setiap petang sebelum maghrib mesti kena amik daun sirih untuk dia makan waktu malam…. jangan lah sampai terlupa… yalah duk kat kg, walaupun pokok sireh tu depan pintu jer tp punyalah takut nak kuor malam2…. takutkan gelap malam…. penakut dari dulu sampai sekarang!

selingan jap.... hantu naik beskal... takuttttt!

dulu2 rajin ikut arwah g petik kopi kat kebun…. tp yg banyaknya panjat pokok dan duk atas tu sambil nyanyi2 dengan sepupu ala2 bawang putih bawang merah…. aku nak kawin dengan anak raja! sampailah waktu nak balik…. bawak turun baldi kosong jer… mulalah pot pet arwah dengan perangai kami….manis sungguh kenangan itu….bila kak rose dah duk KL kami masih sangat rapat… sehingga semasa arwah nazak kak rose ngan hubby je lah cucu yg ada disampingnya sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya…. arwah meninggal sama dengan birthday hubby! tarikh yang sangat menjadi kenangan.

masa pergi sekolah naik basikal reramai…. Maklumlah sekolah kg, mana ada bas sekolah kan… kalau hujan siap pakai baju lain dan baju dan kasut sekolah bungkus dalam beg yang dibalut plastik…beg dulu2 yg cam kotak tu… tp masa tu happy je naik basikal ramai2… x de rasa penat pun…. suka adalah…

apalah punya merapu kan…. kak rose ni seorang yg sangat pentingkan waktu…. kalau janji mesti accurate… janganlah nak janji2 melayu bagai. memang kak rose x suka…. satu lagi kak rose cukup x suka dengan orang yg suka buang sampah merata2 dan jump q walhal orang lain elok je berbaris…. camner nak educate orang2 yg camni?

sekian saja kak rose nyer merapu meraban malam2 nih.... harap2 Madiha dan ct norarizah x jemu baca kak rose yg banyak merapu nih!

13 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam kak Ros ,biar merapu jangan kerapu.Tanya la abg yang ore klate tu gapa makna kerapu bagi org klate ya.Sakit gigi dah baik la tu sebab tu dah boleh cerita dan ceritikan???Apa-apa pun dapat lah kita org tahu pasal kissss kissss tu.Biasanya org jate klate jarang kisssssssssssssss bini dia..Hihihi.Cakap dgn abe jangan marah ya!Kak ros jengok2 la dapur kita jugak ya.

K.Nor said...

wahh k.rose.. mcm2 perasaan bercampur baur baca story k.rose ni..

- amboiiiiii lomatika d amour nampak hehe
- wahhh hebat k.rose ni ya.. kerja main besi simen.. buat bangunan.. tak ku sangka.. mmg hebat! tahniah :)
- nor pun buta IT gak! duk godek2 sendiri jer buat blog sambil aisyah dan luqman ajar sket2.. alhamdulillah. sampai la tahap skrg ni :)
- sedihnya.. mesti teringatkan tarikh yg sama lak tu..
- nor pun pernah gi skolah kayuh basikal.. jauh gak dr rumah tp seronok :)
- yg ni kita serupa!! nor pantang org potong Q, tak leh ke Q cam org lain.. org lain pun nak cepat gak.. mana ada org nak tidur kat traffic light kan.. dan tak suka org campak sampah merata terutamanya dr tingkap rumah flat terutamanya buang sampah keluar dr tingkap kereta yg sedang bergerak! huh.. :)

Trying To Be Muslim.. said...

Assalamualaikumwbh Kak Rose....alhamdulillah kisah yg cukuuup menarik ayu baca...xderlah meraban pun...lomantic ada, kenangan ada, disiplin pun ada....pengalaman pun byk, mmmm:)

Muehehe....tang pantang tu memang samalah ngan Kak Rose org d Kak Nor...potong q n buang sampah....

satu lagi Ayu pantang gak kalu org amik mudah, apa lagi jantan kan...suke suki je jalan n langgar kita bagai....konon2nya "Excuse me.."

Tak de makna nyer...memang kene sound abislah.."Hey!! Watch we you are going man!!!" Weheeeeeeee......

suri solehah said...

luas pengalaman keja kak rose..ooo kiranya kak rose ni ada kaitan ngan ore kel gak lah ye,,hunny ore mana kak..tah2 kita sedara hhehe..

Bibi said...

tahniah..usaha yg bagus..tapi peliknya..pesal kena cukai sampai 6k? mesti ada biz kan?

Along Maklong said...

salam ziarah dan selamat berkenalan.. dari maklong..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak rose..
mahappp cikgu masuk lambat... awat anak murid tak bagi report dah siapkan keje sekolah? hehehehe....
apa2pun.. terima kasih sudi jugak siapkan tag yg diberi.. ohh.. baru tau yg kak rose ni pro dlm bidang pembinaan yer... saya ni pulak.. dulu2 tolong arwah ayah berkebun.. skrg ni bila dah kerja... terjebak dlm bidang agro.. jadi banyaklah benda yg kita dah tau sikit2 boleh bantu dlm kerja jugak bab2 penyakit tumbuhan atau nama2 rumput ker.. heheeh.. thanks ye kak rose..

Anonymous said...

Hеy I know thіs іs off topic but
I was wondeгing іf you knew of anу widgets I could adԁ tο my blog that аutomаtically tweet my newest twitter updatеs.
I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

My weblog; rimmel

Anonymous said...

Нey! Ι could havе sworn I've been to this blog before but after checking through some of the post I realized it's new to
me. Anyωays, ӏ'm definitely delighted I found it and I'll bе booκmarκing and chеcking back
frequently!

Feel fгee to vіsit my web-sіte devis

Anonymous said...

You made some reallу goοd pоints
theге. І lοoκed on the net for more іnfo about thе isѕuе anԁ found
most pеоplе will gο along ωіth your viеwѕ on
this web site.

My site: meuble de salle de bain

Anonymous said...

This is the right blog for everyone who would like
to find out about this topic. You understand so much its almost hard to argue
with you (not that I personally would want to…HaHa).

You certainly put a new spin on a subject that has been discussed for years.
Great stuff, just wonderful!

My blog; Voyance en direct

Anonymous said...

Pеculiar artiсle, just what I ωanted tο fіnd.


Му web ѕite; disque ssd

Anonymous said...

I believe everything published made a ton of sense.
But, consider this, suppose you wrote a catchier post
title? I ain't saying your information isn't solid.
, but suppose you added a post title that grabbed people's attention? I mean "Kena siapkan homework.... huhuhu" is a little vanilla. You could glance at Yahoo's home
page and note how they create news titles to get viewers to click.
You might add a related video or a related pic or two to grab people interested
about everything've written. In my opinion, it might make your blog a little bit more interesting.

Also visit my homepage; Rolland Garros