Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, July 2, 2011

Lepat pisang

hilang rasa kempunan dapat makan lepat pisang yg sedap nih....

lepat pisang yang menggunakan tepung beras.... sllunya buat lepat guna tepung gandum jer tp kali ni try yang guna tepung beras.... nampak kuih ni kat rumah ika nun dibangkok, sangatlah teringinnya nak makan... kak rose ni kan nampak je semua nak makan! kebetulan pisang n daun jugak ada, so terus lah menggodek buat lepat ni... kuih2 lama cenggini mmg kak rose suker sangat.... kalau dapat lepat ubi lagi la suka. Ika kak rose cnp resepinya ya dan terima kasih juga pada Ros jintanmanis juga Anna Qawina yang sharekan resepi lepat pisang tepung beras ni.

Sumber : Ros@jintanmanis
Sumber : AnnaQawina

bahan-bahannya
  • 3 biji pisang ranum - dilenyek (kak rose guna pisang emas yg belum dibawa belayar...)
  • 1/2 cawan tepung beras>>kita kurangkan sbb nak lembik lagi :D
  • 2 sudu besar gula *Ana campurkan sedikit gula merah
  • 1 senduk santan pekat
  • secubit garam *Ana tambah
  • daun pisang secukupnye

Cara-caranya
  • Panaskan pengukus,
  • Kemudian di dalam bekas adunan, satukan pisang yang telah dilenyek tadi bersama tapung beras, gula dan santan, kacau sebati,
  • Adunan lepat pisang ni seakan-akan adunan jemput-jemput, tak terlalu cair, tak terlalu pekat.
  • Layur daun pisang dan potong beberapa bahagian, (Ana celur je daun pisang & kemudian lap kering) letakkan 2 atau 3 sudu adunan di atas daun pisang dan lipat kemas,
  • Kukus selama 15 ke 20 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan selamat mencuba.

17 comments:

nuwairani ismail said...

teringin jugak nk buat lepat pisang...memandangkan semua bahan ada di rumah. tapinya daun pisang pulak yg xde..jamu mata aje la di sini...

anymz said...

sedap betul nampak lepat pisang kak rose ni tau..:)

tun_telani said...

rajin nyer kak rose.. tun duk tengok2 je td kat umah kak ika.. mmg kuih yg betul2 tradisional ni tun xberapa suka sgt.. hehe... ( ni laa bdk2 moden zaman skrg, suka makan piza ngan ayam goreng ;p ) tp save dulu laa, nnti lg 2-3thn sure selera berubah, kan =)

eni osman said...

salam kak rose...nanti boleh buat...resepi pun tak susah...cuma nak tanya,kalau resepi ni eni nak guna tepung gandum biasa boleh tak....tq kak rose...

Kak Rose said...

Nuwairani, ok la jamu mata kat sini sbb lepat pun tinggal daun pisang pembungkus jer...

Kak Rose said...

Anim, kak rose mmg suka lepat.. x kira la lepat apa pun... ni pun dah baham 4 out of 8 ketul... he he he kemaruk betul kan?

Kak Rose said...

tun, terpandang kat rumah ika tu la.... kuih lama yg jadi pebret... maklumlah orang pun lama!

Kak Rose said...

eni, x pasti la pulak... sbb sllu pun guna tepung gandum je ... cuba soh cik google carikan resepi yg betul2 guna tepung gandum...

ijayuji said...

Salam kak rose!! lepat kita dah habis tumpang makan kat sini jer lah eak hihihi... ni dtg malam2 sbb siang2 tadi kita lembik2 sikit atau senang kata pemalas hihihi... ni pun mata dah mengantukk niii abis ronda masuk tido :D

aeshcame said...

best nmpak lepat ni~~ hehe pernah try buat tp kaler gelap ckit dr ni..oh kurang kan tepung ye utk lembik..thx mcm best kalu lembik2..hehe

Kak Rose said...

ika, tu la pandai goda kak rose dengan lepat pisang ya... sedap sangat sekali ngadap dah abes...len kali pasti wat lagi nih!

Kak Rose said...

aeshcame, kak rose guna gula putih je, tu sbb pucat kaler dia...adunan mmg lembik sikit, terkial2 nak membungkusnya, tp makan sangat nyum nyum....

Ayu Safieza said...

Kak Rose.............waaaaaaaaaaa lajin tahap gaban:)..Sedap makan sejuk n panas lepat ni.....tambah kelapa parut best gak kot....

MMMM nak kene g carik gak daun pisang kat doha ni....nak simpan recipe k kak, masuk list utk coming ramadhan......

Kak Rose said...

Ayu, nak makan punya pasal kena la rajin... x de sapa nak tolong watkan...huhuhu..

puasa kat sana la ya?...

cik cek said...

Semalam tgk lepat pisang kat rumah Ika...hari ni baru nampak ada kat rumah kak rose...suka makan tapi nak buat kurang rajin sikit bila masuk bab2 membungkus2 ni...he he....sedapnya kak rose...:)

Kak Rose said...

cik cek, kerana nak makan la kak rose buat tu... makan sampai 4 bungkus beso2... sedap!

Haha said...

resepi lepat pisang tepung beras