Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, July 10, 2011

Telor dadar bermayonis

asalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua.... lauk lunch emergency dan cepat disediakan... anak punya pasal nak g keja cepat, so goreng ayam dan telor ni je la.... nasib baik ada baki kuah kari ikan tongkol ari tu, just panaskan jer.... siap dah lauk untuk lunch dia... sebenarnya ayam tu kak rose nak masak lain, tp sbb nak cepat makan cenggitu je la... dan ada baki banyak lagi nnti kalau rajin kak rose buatlah..

masa tengah godek2 cari resepi ayam, ternampak telor dadar mayonis ni nampak kat rumah Nor... teruskan projek emergency ni la... mekasih ya nor kak rose cnp resepinya....

TELUR DADAR BERMAYONIS

3 bj telur
2- 3 sudu besar mayonis
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 bj cili merah ~ dibelah dua dan hiris
daun saderi ~ dihiris
sedikit garam
sedikit minyak
(kak rose tambah green capsicum didadu)

Masukkan minyak ke dalam frying pan dan panaskan.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan mayonis.
Pukul dgn garfu hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan gaul lg hingga sebati.
Tuangkan adunan telur dan goreng hingga telur dadar masak.

10 comments:

lina_pg said...

salam kak rose..masak telur dadar pun nmpk menarik, kalerpul gitew..simple je rcp nnt bleh try gak

kasihredha said...

cantik telur dadar kak rose...guna pan yang kecil ye kak.

Mas said...

mas pun suka telur dadar mayonis ni..
sedapp...

Kak Rose said...

Lina, sedap rupanya goreng telor bubuh mayo ni... cubalah nnti ya..

Kak Rose said...

kasih, ya pan yg guna tuk wat pancake tu la...

Kak Rose said...

mas, pertama kali buat n nnti pasti ada lagi dan lagi dan lagi...

garlutti said...

Ia lawatan pertama saya dan gembira untuk menemui blog anda .. saya ikut .. Saya suka resepi yang berlainan dari apa yang anda selalu belajar .. Saya menjemput anda untuk berkongsi resepi saya dan blog ... .. Salam dari SPAIN Vigo Marimi

Kak Rose said...

garlutti, terima kasih sudi datang kesini n if only I could read ur blog...salam dari kak rose jugak.

anymz said...

sedapny akak rose..terliur tengok:)

Kak Rose said...

Anim... hihihi... goreng telor yg sedap!