Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 1, 2011

Muffin coklat pisang

wat ni untuk minum petang ni.... tapi kejadiannya sangatlah tidak memuaskan hati.... kenapa ek x nak naik kembung menggunung macam mapin2 yang izah dok buat tu? keras tangan kak rose ni x abes2.... bila la agaknya nak dapat muffin yg lawo cenggitu? dan muffin kak rose ni togel je sbb x letak any topping.... yg ada cuma ground walnut n almond... letak gajus kang lain lak jadinya kan... so biar je dia togel asalkan sedap!

resepi kak rose cnp dari Myr oleh Yani, terima kasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak...

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar
  • walnut secukupnya (optional)(x de so x letak)

Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
  2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
  3. Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
  4. Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
  5. Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
  6. Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
  7. Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.
  8. Letakkan walnut di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.

dapat 7 biji guna cup yg ni... cukup untuk kami 3 beranak....

17 comments:

kasihredha said...

dapat 7 biji unk satu adunan tu ye kak...
kalau kat rumah saya kena buat 2 adunanlah kalau macam ni...hihi

Kak Rose said...
This comment has been removed by the author.
Kak Rose said...

kasih, cup ni beso sikit.. tu yg dapat 7 biji jer...

Cheq Sue said...

kak rose, berbaloi buat resepi yang sikit2 ni... biar tak cukup dari tak abes... saya pun kalau nak buat separuh je cukup

AZLITA AZIZ said...

nampak macam lembut aje kan.. mesti sedap ni.. nanti ita nak buat la..
adoii... bila lah tu.. list dah makin panjang dah ni... semua nak dicuba..

Fiza Nordin said...

campak sebiji sini kak ros!!! hehehee

Anna Qawina said...

kak rose...ambik mapin 2 bijik je ek..nak wat kunyah2 dpn tb..hehe

tun_telani said...

kak rose, tun xpenah wat lg mapin coklat pisang. apam n kek dah penah wat dah, mmg sedap! mapin pun mesti laa sedap jugak kan.. kalau ikut buku resepi mapin tun, masa campur tepung tu kaup-balik je, jgn over-mix, nnti dia mendap. dia siap suruh guna wooden spoon lagi (tp tun bantai je mix guna apa yg ada.. hehe)

Yani said...

ding dong.. ding dong.. kak rose mapin ada lagi ka?.. minta dua biji

Kak Rose said...

cheq Sue, cam ni lah keluarga x ramai...

Kak Rose said...

ita, mmg lembut n moist.... waaa list panjang dah ya... x pe pelan2 akan sampai giliran nnti tu!

Kak Rose said...

Fiza, alamak... jauhnya nak main campak2...

Kak Rose said...

Anna, sedap ni ngunyah2 sambil ngadap tb!

Kak Rose said...

tun, tq for the tips... mmg kak rose sllu je fail bab memapin nih!

Kak Rose said...

Yani, pintu dah buka tp mapin bekas pun d de!

ady said...

as-salam
npk sedap dan gebus muffin coklat pisang tu...

ki aron said...

Angka Ramalan, Jitu Dan Akurat SGP/HKG 2d 3d 4d yang bisa anda menangkan Hub Ki Aron di _0_8_5_3_4_3_9_0_9_1_7_8_ Kemenangan Anda Adalah Tujuan Utama Kami, Selamat Yang sudah Jackpot, thank,s roomnya tetap ups