Bahan-bahanya
150 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
140 ml susu segar ( klu x der susu segar leh ganti dengan air suam)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil bread improver ( mesia mari)
ingat nak wat sarapan pagi ni......
rupanya bila tengok dah kosong tupperware kat blakang tu.....alahai anak.... anak!
rupanya bila tengok dah kosong tupperware kat blakang tu.....alahai anak.... anak!
Caranya.
1. Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya.Selamat Mencuba.
12 comments:
asslm kak Rose...bkenan la dgn roti ni...QH amik resepinya yer...tq...
buat sendiri ke? saya baru di sini... baru follow blog ni, salam perkenalan...
bolehla saya mencuba lepas ni... hehe
Salam Kak Rose, bila tgk roti ni teringat plak zaman2 kecil dulu, klu roti ni mesti gandingkan ngan kopi o panassss..sedappppp
Assalam Kak Ros..wah...padanlah ya..ada anak bujang kat rumah....hrmmm seronok memasak kalau ada tukang yang suka menikmati masakan kita tu kan...tak terasa penatnya!!
salam kak rose...ni kes batu belah batu bertangkup la ni...hihihihi
Qasey honey, kak rose kalau nak buat cari resepi yg mudah2 jer... aci x? sbb guna tulang 4 kerat... x de bm hu hu hu
smile, salam kenal jugak.... resepi mudah, bolehlah mencuba nnti ya
sue, betul sangat la tu.... minum petang semalam dengan secawan nescafe x sedar 3 ketul dah masok molot!
Waalaikumsalam Watie, minggu ni jer, esok Jumaat dia dah nak balik melaka... x de sapalah nak soh mama duduk dapur lama2...
Liza, kalau malas nak buat g je bakery, terkatup lah batu belah tu.... he he he
Hi Kak Rose, love these. I think if put butter and marmalade sedap best....or chelop that ayam pandan of yours.
I can practically get the scent of your rempah from here....it really looks soooo delicious, the lupa nama mak kind of dish, Ha ha.
Have fun and keep well.
Lee.
gebus!!! rajinnya akak nak menguli guna tangan...kite dah tak daya nak menguli lama2...
Post a Comment